Hi! Welcome Back and Stay Tune! KL2017: 5 Perenang Malaysia Mara Ke Akhir - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

KL2017: 5 Perenang Malaysia Mara Ke Akhir

KUALA LUMPUR – Lima perenang negara mara ke pusingan akhir acara renang Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) yang berlangsung di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil, dekat sini, hari ini.

Menepati jangkaan Welson Sim menjadi perenang pertama sampai ke garisan penamat dalam saringan kedua acara 400m gaya bebas lelaki dengan catatan masa 3 minit 56.20 saat untuk mara ke pusingan akhir yang akan berlangsung malam ini.

Rakan sepasukannya, Yeap Zheng Yan turut layak ke pusingan akhir selepas merekodkan masa 4:03.09s.

Chan Jie akan berentap dengan bintang renang Singapura Joseph Schooling dalam perlawanan akhir 50m kuak kupu-kupu lelaki selepas mencatatkan masa 24.93s dalam saringan kedua.

Turut layak ke pusingan akhir ialah Tern Jian Han bagi acara 50m kuak lentang lelaki selepas mencatatkan 26.62s manakala Caroline Chan Zi Xin menjadi perenang terakhir mara ke pusingan akhir acara 100m kuak lentang wanita dengan masa 1:05.89s.

Sementara itu, kuartet wanita negara akan beraksi dalam pusingan akhir 4x100m gaya bebas berganti-ganti wanita berikutan hanya enam pasukan yang mengambil bahagian dalam acara itu. – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vW7hq4

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.