KL2017: Silat Sumbang Dua Emas
| Foto BH/ Syarafiq Abd Samad |
KUALA LUMPUR: Skuad silat negara menghadiahkan dua lagi pingat emas menerusi Muhammad Faizul Nasir dan Siti Shazwana Ajak, sebentar tadi.
Muhammad Faizul memulakan hari terakhir sukan silat dengan cemerlang selepas menumpaskan pesilat Vietnam, Nguyen Dinh Tuan 5-0 pada aksi final acara tanding kelas B lelaki.
Siti Shazwana meneruskan aksi cemerlang pesilat negara apabila turut meraih emas kategori tanding kelas D wanita, dengan menewaskan atlet Thailand, Rewadee Damsri, juga dengan keputusan 5-0.
Dua pingat emas itu menyaksikan skuad silat negara kini sudah mengumpul lima emas secara keseluruhan.
Skuad negara memerlukan tiga lagi pingat emas untuk mencapai sasaran awal lapan emas pada temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017). - BHonline
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vzvCBb
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment