Hi! Welcome Back and Stay Tune! LAGI KESILAPAN BENDERA CETUS KECAMAN DI TWITTER - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

LAGI KESILAPAN BENDERA CETUS KECAMAN DI TWITTER

KESILAPAN cetakan bendera Indonesia dalam temasya Sukan Sea 2017 yang membawa kepada kecaman kini semakin reda apabila Putrajaya secara rasminya memohon maaf.

Tanda pagar #ShameOnYouMalaysia menjadi sohor kini di Twitter hari ini berikutan kemarahan rakyat Indonesia apabila bendera negara mereka dicetak terbalik pada buku cenderahati yang diagihkan kepada VIP pada temasya sukan itu semalam.

Walaupuan insiden itu tersebar, timbul pula kesilapan baru pada akhbar dan juga papan skor yang kini tersebar, yang digerakkan oleh #ShameOnYouMalaysia.

Bendera Brunei yang salah digunakan pada papan skor digital ketika acara renang berirama pada Jumaat di Pusat Akuatik Bukit Jalil.

Bendera yang digunakan adalah bendera pasukan tentera kesultanan negara itu yang mempunyai jalur merah di bahagian tengahnya.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada pihak Brunei sudah membuat bantahan berhubung kesilapan itu.

Terdahulu Menteri Pemuda dan Olahraga Indonesia Imam Nahrawi menerusi akaun Twitter miliknya membuat posting kesilapan pada buku cenderahati itu.

Malaysia bagaimanapun membuat permohonan maaf kepada kerajaan Indonesia dan presidennya Joko Widodo menasihatkan rakyatnya agar tidak memperbesarkan isu kesilapan itu.

Netizen dari Indonesia yang masih lagi berang dengan kesilapan itu sekali lagi menjadi marah apabila dalam akhbar laporan temasya sukan itu sekali lagi berlaku kesilapan yang sama.

CNN Indonesia melaporkan Metro Ahad masih belum memberikan sebarang ulasan.

Ikatan perhubungan antara Indonesia dan Malaysia adalah rapat, namun ia meragukan sebagai kes membabitkan pembantu rumah Indonesia yang didera mencetuskan kemarahan masyarakat umum di negara itu.

Malah ada suatu ketika media Indonesia menuduh Malaysia meniru budaya yang didakwa mereka sebagai eksklusif di Indonesia seperti masakan rendang, batik, nasi goreng dan lagu Rasa Sayang.

Pada 2009, menteri pelancongan Indonesia menuntut penjelasan daripada Malaysia berhubung siaran iklan di televisyen bertemakan “Enigmatic Malaysia” yang memaparkan tarian Bali.

– http://ift.tt/2pAR1dR

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vVxyoJ

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.