Hi! Welcome Back and Stay Tune! Lionel Messi Pertimbang Tawaran Manchester City - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Lionel Messi Pertimbang Tawaran Manchester City


BINTANG Barcelona, Lionel Messi sedang mempertimbangkan secara serius mengenai masa depannya di Camp Nou selepas kelab bergasi Liga Perdana Inggeris, Manchester City mengadakan mesyuarat dengan wakil pemain itu, lapor Daily Record.

Messi menjaringkan 508 gol dalam 585 perlawanan untuk Barca sejak 2004.

Dia turut membantu kelab gergasi Sepanyol itu menjulang lapan trofi La Liga dan Liga Juara-Juara (empat kali).

Pemain berusia 30 tahun itu komited terhadap Barca selepas menandatangani kontrak baharu selama empat tahun bulan lalu.

Namun spekulasi Messi bakal meninggalkan Camp Nou pada musim panas ini masih hangat diperkatakan.

Daily Record melaporkan pertemuan antara pihak pengurusan tertinggi City dan wakil Messi diadakan di Barcelona minggu lalu.

Messi dilaporkan kecewa dengan situasi yang melanda Barca selepas rakan pasukannya, Neymar dijual kepada Paris Saint Germain (PSG) bulan lalu.

Barca kini berusaha keras untuk mendapatkan pengganti Neymar iaitu bintang Liverpool, Philippe Coutinho tetapi The Red tidak mengendahkan bidaan terbaharu kelab La Liga itu.

City dilaporkan menaruh minat terhadap Messi sejak sekian lama dan Pep Guardiola berharap dapat mendapatkan khidmatnya sebelum jendela perpindahan pemain ditutup 31 Ogos ini.

Turut dikaitkan dengan perpindahan ke City adalah Alexis Sanchez tetapi Arsenal enggan melepaskan bintang Chile itu. – mStar Online


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vVU7cM

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.