Malaysia mengamuk bantai Indonesia 18-1
The Speedy Tigers bermula garang dalam aksi pertama hoki lelaki di Sukan SEA ke-29 Kuala Lumpur 2017 (KL2017) selepas menang mudah 18-1 ke atas Indonesia, malam ini.
Pasukan di ranking ke-12 dunia itu membuka jaringan seawal minit pertama melalui Faizal Saari, sebelum gol kedua dan ketiga dijaringkan selang dua minit kemudian, masing-masing oleh Fitri Saari dan Razie Rahim.
Anak buah Stephen Van Huizen terus membolosi gawang Indonesia untuk berada dalam keadaan selesa di hadapan dengan sembilan jaringan sebelum menamatkan separuh masa pertama.
Indonesia bagaimanapun berjaya menembusi pertahanan Malaysia dan menjaringkan gol sebaik bermula babak kedua menerusi gol padang oleh Abdullah Al Akbar pada minit ke-34.
Namun pemain negara terus melipatgandakan serangan sebelum menamatkan perlawanan pertama mereka dengan jaringan 18 berbalas satu.
Terdahulu, dalam satu perlawanan berlainan, pasukan wanita negara turut memperoleh tiga mata mudah selepas menundukkan Singapura 5-0.
Dalam satu lagi perlawanan hoki padang lelaki menyaksikan Singapura terikat dengan Myanmar 2-2. – BERNAMA
Sumber: Berita Harian
Sumber Malaysia mengamuk bantai Indonesia 18-1
✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vhQ4GJ
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment