Mangsa kemalangan bawa pistol
POLIS menahan lelaki berusia 30 tahun selepas menemui sepucuk pistol bersamanya ketika suspek yang menunggang motosikal terbabit kemalangan di Kampung Alor Redis, Arau, 11 pagi hari ini.
Ketua Polis Perlis Datuk Azisman Alias berkata, polis yang menerima maklumat berhubung kemalangan itu bergegas ke lokasi kejadian namun sebaik tiba mendapati lelaki itu memiliki sepucuk pistol.
Menurutnya, pemeriksaan lanjut mendapati pistol itu berisi peluru.
“Siasatan lanjut sedang dijalankan bagaimana suspek memiliki pistol itu dan digunakan untuk tujuan apa.
“Suspek yang cedera ringan di kaki disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958,” katanya.
Sumber: Harian Metro
Sumber Mangsa kemalangan bawa pistol
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2w44ECP
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment