Hi! Welcome Back and Stay Tune! Mentega Kacang Rahsia Rambut Cantik 'Rapunzel' - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Mentega Kacang Rahsia Rambut Cantik 'Rapunzel'



SEORANG gadis yang berasal dari Micronesia salah satu negara bersekutu di Lautan Pasifik memiliki rambut panjang mengurai seperti karakter kartun ‘Rapunzel’ yang menjadi inspirasinya.

Andrea Colson, 33, yang dilahirkan di Amerika Syarikat, mengatakan rahsia rambutnya yang berukuran 1.5 meter itu adalah kerana memakan mentega kacang.

Dia juga menyapu minyak kelapa kira-kira dua kali seminggu dan hanya memotong hujung rambut untuk menjamin ia berada dalam keadaan baik.

Menurutnya, ia mengambil masa 30 minit untuk mendandan rambutnya dan dia menggunakan pengikat rambut khusus untuk mengikat rambut perangnya yang tebal.

Dia menyimpan rambut panjang sejak kecil dan sering mendapat perhatian orang ramai.

“Mereka bertanya soalan sama, adakah ia rambut sebenar?” kata Andrea.

“Saya tidak pernah mewarnakan rambut, saya rasa itu yang menyebabkan ia sihat.

“Malahan, tidak pernah juga menerima kata-kata negatif. Mereka sering membandingkan saya dengan Rapunzel dan saya sangat gembira.

“Filem ‘Tangled’ adalah inspirasi saya,” katanya.

Ketika seawal usia dua tahun, rambut Colson berada di paras bahu, dan apabila ketika meningkat remaja, ia mencecah hingga ke lutut.

Dan kini, rambutnya panjang sampai mencecah buku lali sejak tujuh tahun lalu.

Bagi mengelakkan rambutnya menjadi kusut dan nipis, Colson memotong hujung rambutnya setiap tiga atau empat bulan.

Antara rahsia rambutnya yang menawan adalah sapuan minyak kelapa dan membiarkannya selama satu jam sebelum membasuh rambut. Ia dilakukan dua kali seminggu.

Calson hanya menggunakan syampu biasa dan menyapu perapi pada hujung rambutnya, selain membasuh rambutnya dengan air sejuk.

“Saya akan membuat perapan rambut istimewa dari telur, minyak kelapa dan minyak zaitun sekali sebulan.

“Rasanya mentega kacang sangat membantu kerana rambut saya akan menjadi kering dan gugur jika saya tidak memakannya,” kata Calson lagi. - mStar


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2w6MkZG

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.