Hi! Welcome Back and Stay Tune! Merdeka: Lebih Setengah Juta Dijangka Hadiri Sambutan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Merdeka: Lebih Setengah Juta Dijangka Hadiri Sambutan



KUALA LUMPUR: Lebih setengah juta pengunjung dijangka membanjiri Dataran Merdeka bagi meraikan sambutan Hari Kebangsaan 2017, Khamis ini.

Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Sharifah Zarah Syed Ahmad, berkata raptai penuh yang berlangsung bermula jam 7 pagi ini berjalan lancar dan pihaknya sudah bersedia untuk menerima kunjungan ratusan ribu pengunjung pada hari sambutan.

"Semua orang dialu-alukan untuk hadir ke Dataran Merdeka bagi memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan 2017 dan kita jangkakan lebih setengah juta orang akan membanjiri kawasan ini.

"Berdasarkan raptai hari ini, kita sudah bersedia untuk menganjurkan sambutan Hari Kebangsaan dan ia dijangka lebih meriah berbanding tahun sebelumnya," katanya.

Beliau berkata demikian ditemui pada majlis raptai penuh sambutan Hari Kebangsaan 2017, di sini, hari ini.

Turut hadir, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Keruak.

Sebelum ini, BH melaporkan sambutan Hari Kebangsaan 2017 bakal menampilkan kelainan tersendiri dengan mengilhamkan konsep Stadium Merdeka pada 31 Ogos 1957 di Dataran Merdeka.

Tinjauan BH di mendapati, landskap Dataran Merdeka sudah diubah suai menjadi seolah-olah Stadium Merdeka. Malah setiap susun atur kedudukan juga dibuat sama seperti di stadium termasuk pemasangan skrin gergasi yang diletakkan di sekeliling Dataran Merdeka sepanjang 200 meter.

Rekaan itu bagi mengembalikan nostalgia sambutan Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, tarikh keramat Tanah Melayu mencapai kemerdekaan dan menjadi negara berdaulat bebas daripada pentadbiran British. - BHonline



✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2gkW7Yd

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.