Hi! Welcome Back and Stay Tune! PAS hanya 'boneka' atau 'suicide bomber'! - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

PAS hanya 'boneka' atau 'suicide bomber'!

PAS ‘suicide bomber’ bukan ‘king maker’ PRU14, kata Husam
Zulkifli SulongSharon Tan
Naib Presiden Amanah, Husam Musa mendakwa PAS hanya akan bunuh diri dalam pertandingan tiga penjuru PRU14. – Gambar The Malaysian Insight oleh Kamal Ariffin, 20 Ogos, 2017.

TERLALU awal bagi PAS memikirkan yang mereka boleh menjadi “king maker” pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) kerana mereka sebenarnya tidak ubah seperti boneka atau “suicide bomber” dalam pertandingan tiga penjuru, kata Husam Musa di Konvensyen Amanah Perak hari ini.

"Jika berlaku pertandingan tiga penjuru, mengikut kiraan saya, PAS akan menang 3 hingga 5 kerusi sahaja.

"Jadi bagaimana dia hendak jadi 'king maker', ini hanya 'boneka' atau 'suicide bomber' saja," kata naib presiden Amanah itu.

Husam dipercayai mengulas pendekatan PAS mahu menjadi “king maker” yang bakal menentukan siapa boleh memerintah negara selepas pilihan raya umum jika Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) tidak mempunyai kerusi mencukupi untuk memerintah.

PAS berharap akan menjadi penentu siapa yang patut memerintah ketika itu.

Pada sidang media selepas majlis perasmian, Husam berkata jika PAS bersendirian, PAS hanya akan menjadi “pengebom bunuh diri” saja.

Katanya, “king maker” selepas pilihan raya memerlukan kerusi mencukupi tetapi kini terlalu awal untuk parti itu menyebut untuk menjadi “king maker”.

"Dengan pendekatan sekarang, tidak ada sebab PAS akan mendapat banyak kerusi. Tanpa kerusi, anda tidak boleh jadi ‘king maker’," kata bekas naib presiden PAS itu.

Husam berkata dengan bersendirian, PAS hanya memainkan peranan perosak undi saja bagi menghalang pembangkang lain menang.

"Jika tiga penjuru PH juga mungkin tewas. Jadi bagi saya, ini hanya mainkan peranan agar BN lebih peluang untuk menang," katanya.

Bagaimanapun, katanya jika berlaku pertandingan tiga penjuru, ia memberikan kesan positif kepada PH untuk menang.

"Di sesetengah tempat lebih baik untuk PH menang jika tiga penjuru. Kerusi seperti Seremban misalnya. Bila calon parti lain masuk, undi DAP akan meningkat. Namun ada juga yang beri kesan negatif kepada pembangkang," katanya.

Tetapi, katanya apa yang lebih penting adalah memberikan kesedaran kepada rakyat ada dua kumpulan utama iaitu BN dan PH.

"BN iaitu kerajaan yang ada dan satu lagi PH yang ada lebih peluang untuk menang mengalahkan BN berbanding PAS.

"Kalau rakyat hendak perubahan, dia kena pilih kumpulan yang ada peluang untuk menang iaitu PH. Lupakan PAS buat sementara," katanya.

Sehubungan itu, katanya beliau masih berharap PAS akan kembali ke jalan perjuangan asalnya untuk membuat perubahan dalam negara.

"Belum terlambat untuk PAS datang menyertai pasukan pembangkang melalui PH tetapi bukan melalui pintu belakang tapi pintu depan," katanya yang mahu PAS berunding secara rasmi dengan PH. – 20 Ogos, 2017


✍ Sumber Pautan : ☕ mountdweller88

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uWgYaO

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.