Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pasaran Minyak Stabil Namun Masih Tiada Sokongan Yang Kuat Untuk Menolak Harga Lebih Tinggi - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pasaran Minyak Stabil Namun Masih Tiada Sokongan Yang Kuat Untuk Menolak Harga Lebih Tinggi

Pasaran minyak stabil pada hari ini, mengekalkan paras kenaikan harga pada Jumaat lepas walaupun pengeluaran minyak US yang semakin meningkat menekan pasaran yang dijangka akan terus mengetat selepas bekalan minyak susut sehingga 13% daripada paras tertinggi bulan Mac yang lalu.

Harga minyak brent yang menjadi tanda aras antarabangsa turun 5 sen atau 0.09% kepada 52.67 setakat jam 1.00 petang.

Minyak West Texas Intermediate (WTI) pula kekal di paras 48.66 selepas harga minyak meningkat 3 peratus pada Jumaat lepas.

 

Para pelabur mengatakan pasaran dilihat masih bertahan walaupun pengeluaran minyak US meningkat sehingga 9.5 juta tong sehari ke paras tertinggi sejak Julai 2015.

Namun begitu, peningkatan pengeluaran hanya bergerak perlahan berikutan jabatan tenaga Baker Hughes melaporkan 3 tempat penggalian telah ditutup pada minggu lepas. Pada minggu sebelumnya, 5 penggalian juga ditutup, menjadikan jumlah penggalian turun kepada 763.

Bank ANZ berkata, “Bilangan pelantar jatuh mendadak sejak Januari, menambahkan petanda pasaran sedang dalam proses pengetatan”.

Selain itu, bekalan minyak komersial US juga jatuh 13% daripada paras tertinggi bulan Mac kepada 466.5 juta tong. Penganalisi pasaran mengatakan bekalan yang jatuh walaupun pengeluaran meningkat menunjukkan pasaran sudah mengetat (tightening).

“Pengimbangan semula pasaran minyak  disokong oleh data bekalan, namun fokus pasaran adalah pada fakta pengeluaran minyak US yang terus meningkat”, kata William O’Loughlin, pengalisa pelaburan dari Rivkin Sekuriti Australia.

 

Tambah beliau, “Arah paras bekalan minyak mentah jelas kebawah, dan sesuatu yang mengejutkan jika pasaran dapat mengabaikan penyusutan yang berterusan ini”.

Nota pelanggan oleh Citibank US menyatakan, “Walaupun sentimen penurunan harga telah pudar, namun kedudukan pelabur sekarang masih tidak menyebelahi kenaikkan, menunjukkan pasaran semasa tidak jelas dengan ketiadaan sokongan yang kuat di mana-mana arah”.

The post Pasaran Minyak Stabil Namun Masih Tiada Sokongan Yang Kuat Untuk Menolak Harga Lebih Tinggi appeared first on MOSHED.COM.



✍ Sumber Pautan : ☕ MOSHED.COM

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vRdm91

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.