Hi! Welcome Back and Stay Tune! Puluhan Ribu Mesin ATM Tergendala - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Puluhan Ribu Mesin ATM Tergendala


JAKARTA: Perkhidmatan puluhan ribu mesin pengeluaran wang automatik (ATM) dan mesin bayaran kad elektronik di Indonesia tergendala kelmarin akibat masalah satelit.

PT Telekomunikasi Indonesia (Telkom) memberitahu, sebahagian perkhidmatan itu kembali beroperasi tetapi dijangka pulih sepenuhnya dalam tempoh dua minggu.

Kira-kira 15,000 stesen penerima di seluruh Indonesia terjejas akibat masalah pada satelit Telkom-1, perkhidmatan yang digunakan agensi kerajaan, bank, syarikat penyiaran dan syarikat lain.

Presiden Telkom, Alex Sinaga memberitahu, penukaran arah antena satelit yang kali pertama dikesan pada Jumaat lalu, mengganggu sambungan.

Bank Central Asia (BCA), bank terbesar dari segi nilai pasaran di Indonesia, mengalami gangguan terhadap 5,700 ATM atau 30 peratus daripada jumlah keseluruhan yang dimiliki syarikat itu, kata ketua eksekutif BCA, Jahja Setiaatmadja.

Bank Rakyat Indonesia mengalami gangguan terhadap 300 ATM miliknya tetapi sebahagian mesin itu kembali beroperasi.

Pengguna di Jakarta berkata, banyak kedai tidak boleh memproses pembayaran kad kredit kelmarin dan pengguna Twitter pula mengadu ada mesin ATM masih tergendala hingga semalam.

Menurut data bank pusat, terdapat lebih 100,000 mesin ATM di Indonesia.-Reuters


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wYpcyW

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.