Hi! Welcome Back and Stay Tune! RM100 Juta Modal Untuk Teroka Pekebun Kecil Luar Bandar - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

RM100 Juta Modal Untuk Teroka Pekebun Kecil Luar Bandar


Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata menjelang tahun 2018 peruntukan sebanyak RM100 juta akan diagihkan kepada pekebun kecil sebagai modal teroka dalam memajukan sektor pertanian luar bandar.

Memetik laporan Utusan Borneo, Uggah menambah peruntukan tersebut adalah alternatif untuk membantu golongan usahawan pekebun kecil dalam meningkatkan pendapatan mereka.

"Kita berharap model baharu yang akan kita guna pakai dalam Modal Teroka akan membantu meningkatkan pendapatan selain membawa mereka ke arah pertanian baharu dengan melibatkan ekonomi digital," katanya.

Menurut Uggah lagi, ia akan dilaksanakan pada tahun depan bagi menyokong dasar kemajuan keusahawanan sektor pertanian luar bandar di bawah Kementerian Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah.

"Peruntukan modal teroka atau permulaan ini sepatutnya diagihkan pada tahun hadapan dan kementerian telah mensasarkan sendiri tempoh masa agar ia dilaksanakan selewat-lewatnya Mac 2018," ujarnya. - Sarawakiana


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2w0jc87

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.