Hi! Welcome Back and Stay Tune! “Saya tidak diberi nafkah zahir dan batin selepas Hafiz tak anggap saya sebagai isteri”- Joy Revfa - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

“Saya tidak diberi nafkah zahir dan batin selepas Hafiz tak anggap saya sebagai isteri”- Joy Revfa

Joy Revfa, isteri penyanyi lagu ketuhanan, Hafiz Hamidun menjelaskan tindakannya memfailkan permohonan pembubaran nikah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari di sini, pagi ini didorong tindakan suaminya yang meragui pernikahan mereka.

Joy atau nama sebenarnya, Siti Arifah Mohd Amin, 30, berkata tindakan itu diambil atas hak dan statusnya sebagai isteri Hafiz yang sah.

“Saya kecewa apabila ada yang memperkatakan status pernikahan kami tidak sah. Perkahwinan terdahulu saya berakhir pada 2015, cuma tidak didaftarkan di Malaysia.

“Hafiz sedia maklum mengenai perkara itu kerana dia sendiri yang membuat surat pengesahan perceraian.

“Tiba-tiba pada 23 Mei lalu, Hafiz membangkitkan perkahwinan kami tidak sah,” katanya ketika ditemui selepas prosiding mahkamah, hari ini.

Joy berkata, selepas mendakwa pernikahan mereka tidak sah, Hafiz tidak lagi menganggap dirinya sebagai isteri.

“Saya tidak diberi nafkah zahir dan batin. Sehubungan itu, saya berjuang untuk mempertahankan hak sebagai wanita,” katanya.

Pengasas kosmetik itu tidak tahu sebarang konspirasi dan agenda di sebalik tindakan suaminya itu.

Sementara itu, Hafiz dilihat berada di perkarangan mahkamah seawal jam 9 pagi. Difahamkan, Hafiz turut memfailkan permohonan pembubaran nikah mereka.

Joy dan Hafiz diijabkabulkan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz, Shah Alam, pada 1 Mei lalu.

Sumber: BH Online



Sumber “Saya tidak diberi nafkah zahir dan batin selepas Hafiz tak anggap saya sebagai isteri”- Joy Revfa

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xhCLq5

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.