Hi! Welcome Back and Stay Tune! UMNO OPTIMIS RAMPAS PARLIMEN SG SIPUT DAN DUN JALONG - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

UMNO OPTIMIS RAMPAS PARLIMEN SG SIPUT DAN DUN JALONG

Umno bahagian Sungai Siput optimis akan melakar kejutan sekaligus merampas kembali kerusi Parlimen Sungai Siput dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jalong daripada pembangkang pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan datang.

Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata BN mampu meraih kemenangan di kedua-dua kawasan itu berdasarkan rekod pilihan raya terdahulu selain memperbanyakkan program turun padang.

“PRU11 kita menang di Sungai Siput, manakala DUN Jalong kita menang pada PRU12, jadi tiada sebab kita tak boleh menang (semula).

“Cuma pemahaman kaum bukan Melayu terutama Cina dan India perlu ditingkatkan agar mereka memahami agenda yang ingin dibawa kerajaan,” kata Mahdzir yang juga menteri pendidikan kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Sungai Siput di Perak, hari ini.

Semua 24 bahagian Umno di seluruh Perak kini telah selesai mengadakan persidangan perwakilan.

Dalam pada itu, berucap pada majlis sama, ketua Umno bahagian itu, Datuk Dzolkafly Harun berkata banyak gerak kerja telah diusahakan sejak beberapa tahun lalu bersama parti komponen Barisan Nasional (BN) termasuk meningkatkan jumlah anggota parti.

“Sebagai contoh, Umno bahagian ini sendiri telah berjaya menambah bilangan anggota parti lebih 2,000 orang dan daripada jumlah itu lebih separuh telah berdaftar sebagai pengundi baru tidak termasuk pengundi yang telah didaftarkan oleh MCA atau MIC bahagian.

“Pertambahan itu memberi satu rangsangan yang positif untuk kita merampas kembali kedua-dua kerusi itu daripada pembangkang,” katanya.

Kerusi Parlimen Sungai Siput kini dipegang Michael Jeyakumar Devaraj dari Parti Sosialis Malaysia yang bertanding atas tiket PKR. Manakala DUN Jalong diwakili Loh Sze Yee dari DAP.

– M’kini

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2x4g5um

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.