【Video】Harapan terakhir: Badak putih Utara yang masih hidup diletakkan di bawah pengawal bersenjata 24 jam sehari
Inilah badak putih Utara jantan yang masih hidup di dunia – yang dibuangkan tanduknya untuk keselamatannya sendiri. Ia kini berada di bawah kawalan pengawal bersenjata 24 jam dalam keadaan yang terdesak untuk menyelamatkan spesies tersebut.
Sudan dijaga siang dan malam oleh sekumpulan renjer yang mempertaruhkan nyawa mereka kerana mereka cuba menjaga badak ini daripada pemburu haram yang gila dek harga gading yang sangat melambung di pasaran.
Tetapi tanpa tanduknya, penjaga di rizab Kenya Ol Pojeta risau akan keselamatannya.
Pengawal: Para penjaga bersenjata terus memerhati persekitaran Sudan setiap saat bagi menghalang pemburu haram mendekatinya
Mereka terpaksa memotong gading Sudan demi keselamatannya
Lapar: Masa makan di kandang Sudan – ia menghabiskan sebahagian besar hidupnya di zoo Czech
Berbahaya: Para renjer sedar mereka mempertaruhkan nyawa mereka untuk melindungi haiwan yang besar ini
Sudan merupakan badak berusia 43 tahun, dan juga boleh hidup sehingga berusia 50-an – adalah peluang terakhir untuk masa depan anak badak putih Utara.
Sudan dipindahkan, bersama dua ekor badak betina, daripada sebuah zoo di Republik Czech pada bulan Disember 2009.
Pusat itu khas untuk pemuliharaan badak, dipilih kerana program pembiakan yang berjaya dalam kalangan badak hitam.
Diharapkan cara itu akan mendorong mereka untuk membiak, tetapi semua percubaan, gagal.
Projek itu juga perlu ditangani dengan lebih lanjut apabila Suni, seekor badak jantan lain yang masih hidup di dunia, dan juga tinggal di Ol Pojeta, mati bulan Oktober lepas.
Hal itu menyebabkan hanya terdapat lima ekor badak putih Utara di dunia. Tiga ekor daripadanya yang berada di Kenya, sedang dalam bahaya.
Diburu: Badak seperti Sudan tidak mempunyai pemangsa di alam liar kerana saiznya – selain daripada manusia!
Rumah baru: Diharapkan perpindahan Sudan ke Kenya bersama dua ekor badak betina yang lain akan menggalakkan mereka membiak
Simor Irungu, salah seorang renjer yang menjaga Sudan, menjelaskan bahawa pasukannya sentiasa mempertaruhkan nyawa mereka untuk menjaga keselamatan badak itu.
“Dengan peningkatan permintaan untuk tanduk badak dan gading, kami menghadapi banyak cubaan pemburuan dan sementara kami berjaya mengatasi sejumlah besar ini, kami sering membahayakan kehidupan kami demi tugas.”
Badak ini adalah spesis yang terancam dibiarkan berkeliaran di tengah-tengah Afrika – dari selatan Chad, melintasi Republik Demokratik Congo dan ke Sudan.
Lebih daripada setengah abad yang lalu, terdapat 2,000 badak putih Utara. Tetapi, pada tahun 1984 hanya ada 15 ekor sahaja, semuanya dalam DRC, menurut Dana Hidupan Liar Dunia.
Tetapi usaha pemuliharaan berjaya membawa mereka kembali daripada ambang kepupusan, dan populasi mereka meningkat sehingga sekurang-kurangnya 30 ekor haiwan kurang daripada satu dekad nanti.
Kegagalan: Tetapi usaha pembiakan tidak berjaya – dan Sudan semakin tua
Nilai tinggi: Harga gading kini dikatakan antara £40,000 (RM 223,000) sehingga £47,000 (RM 264,000) sekilogram
Tetapi kemudian pemburuan haram telah menimbulkan ancaman kepada spesis ini, menyebabkan seluruh taman kosong. Badak putih Utara yang terakhir dilihat pada tahun 2006.
Kepupusan mereka telah didorong oleh permintaan gading yang semakin meningkat, yang sebahagian besarnya berasal dari Timur, di mana ia dipercayai menjadi ubat untuk beberapa penyakit.
Harga gading meningkat antara £170 (RM949) hingga £541 (RM3000) sekilogram pada tahun 1990-an, dan ia berterusan meningkat secara mendadak dengan harga £40,000 (RM 223,000) hingga £47,355 (RM 264,000) sekilogram, menurut laporan oleh Dana Antarabangsa untuk Kebajikan Haiwan.
Renjer telah mengambil langkah untuk menghalang pemburu haram, tetapi bimbang ia mungkin tidak mencukupi.
Elodie Sampere menjelaskan: ‘Satu-satunya alasan tanduknya dipotong adalah untuk menghalang pemburu haram.
‘Jika badak tidak mempunyai tanduk, mereka tidak berminat dengannya.
‘Ini semata-mata untuk memastikan ia selamat.’
Akhir sekali: Sudan adalah salah satu daripada lima badak putih Utara yang masih hidup
Walau bagaimanapun, menjaga mereka melibatkan kos yang tinggi: kos £75,000 (RM 420,000) selama enam bulan.
Ia biasanya dibayar dengan wang daripada sumber pelancongan, tetapi ketidakstabilan baru-baru ini di Kenya, dan ketakutan terhadap Ebola – yang menghalang orang melawat negara itu.
Jadi, pasukan di Ol Pejeta berharap dapat mengumpulkan wang melalui dana daripada orang ramai.
‘Mereka diberi latihan bertaraf dunia, dan dilengkapi dengan kelengkapan dan sokongan terkini, daripada goggle penglihatan malam hingga pengesanan GPS, kepada pasukan pengesan dan sokongan anjing ….
‘Menjaga pasukan yang dibiayai dan dilengkapi adalah cabaran yang berterusan’.
“Kami menyasarkan untuk meningkatkan pasukan cukup untuk menjaga upah untuk empat puluh pasukan yang kuat untuk enam bulan akan datang.
‘Ia memakan kos RM420,000. Setiap sumbangan akan membantu untuk menjaga badak ini, untuk generasi masa depan. ‘
Untuk menderma, lawati laman GoFundMe Ol Pejeta.
Era Baru
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vziVq4
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment