Hi! Welcome Back and Stay Tune! Wanita Saman Restoran Gara-Gara Termakan Roti Sandwich Yang Dibelinya Dipanggang Bersama Tikus.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Wanita Saman Restoran Gara-Gara Termakan Roti Sandwich Yang Dibelinya Dipanggang Bersama Tikus..

Keadaan 'sandwich tikus' (kiri atas) yang dibeli oleh Manfalouti dari Chick-fil-A dan contoh gambar anak tikus yang dijumpai dalam makanan itu.

SEORANG wanita di Pennsylvania terkejut apabila melihat roti sandwich yang dibelinya dipanggang bersama tikus.

Ellen Manfalouti dari Northampton menyaman Chick-fil-A cawangan Middletown sebanyak $50,000 (RM213,875) kerana rasa mual yang teruk dan kerisauan yang dialaminya selepas makan ‘sandwich tikus’ pada November lalu.


Manfalouti, 46, memakan sandwich itu di bilik mesyuarat di tempat kerja apabila dia merasakan sesuatu yang aneh di bawah roti itu dan menyangka ia cuma hangus.


Apabila dia meletakkan lebihan sandwich itu ke atas meja, rakan satu pejabatnya, Cara Phelan, menyedari ia adalah sesuatu yang asing.


“Saya sedar ia adalah tikus kecil kerana saya dapat melihat misai dan ekornya,” kata Phelan kepada Philly.com.

Peguam Manfalouti, William M. Davis, berkata, ia adalah satu insiden yang teruk.


“Kes ini sangat melampau kerana restoran itu menghidang makanan seperti itu kepada pelanggan tanpa menyedarinya,” kata Davis kepada Bucks County Courier-Times.

“Ia juga memberi kesan yang teruk pada Manfalouti yang masih tidak pulih daripada trauma dan rasa loya yang dialaminya kerana insiden itu,” kata peguam itu.


Davis menghantar lebihan roti yang tercemar ke makmal yang dicadangkan oleh bakeri yang membuat roti tersebut.

“Makmal itu mengesahkan kehadiran tikus yang dipanggang bersama roti,” dia memberitahu wartawan.

Namun, kedua-dua bakeri dan restoran francais itu gagal menyelesaikan masalah itu.

Oleh itu, tuntutan mahkamah telah dibuat. - Huffington Post





✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2g6JFLM

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.