Hi! Welcome Back and Stay Tune! Bakal Menamatkan Zaman Bujang..Sufian Suhaimi Kini Akui Semakin Tertekan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Bakal Menamatkan Zaman Bujang..Sufian Suhaimi Kini Akui Semakin Tertekan


SIAPA tidak kenal Sufian Suhaimi yang merupakan seorang penyanyi dan mula diberikan perhatian oleh orang ramai melalui single hits pertamanya iaitu Terakhir.

Baru-baru heboh berita tentang Sufian bakal bertunang dengan pelakon, Elfira Loy pada Oktober depan sekali gus menarik perhatian ramai netizen.

Sufian, 25, berasa hairan dengan segelintir pihak yang begitu dilihat agak kurang senang dengan keputusannya untuk menamatkan zaman bujang di usia muda dengan aktres cantik, Elfira.

Pertikaian mengenai perkara itu terutama sekali menerusi laman sosial tempatan telah membuatkan penyanyi lagu Terakhir itu tertekan.

Bagaimanapun, dia tidak mahu mengambil serius berkaitan segala tohmahan yang dilemparkan terhadapnya.

“Saya tak rasa itu sebagai ujian bertunang tetapi ujian untuk buat benda baik.

“Kadang-kadang tertekan juga dengan komen netizen tetapi tidak apalah, tak semua manusia itu sempurna jadi kami tidak mahu ambil pusing akan hal itu.

“Mujur keluarga dan rakan-rakan menyokong keputusan saya untuk berkahwin awal dan mendoakan yang baik-baik untuk hubungan kami,” katanya dilapor mStar Online.

Tambah Sufian lagi, dia tidak pernah menganggap tindakan dia untuk berkahwin akan membunuh karier seninya yang dilihat baru sahaja mula meningkat naik.

“Bukannya pelik berkahwin awal dan ramai sebenarnya menamatkan zaman bujang pada usia muda.

“Keputusan itu juga tidak akan membunuh karier nyanyian saya kerana itu semua rezeki daripada Tuhan.

“Sebagai anak seni saya akan terus berkarya kerana muzik itu misteri, kalau lagu yang dihasilkan bagus tentu orang suka,” katanya.

Sufian bakal mengikat tali pertunangan dengan Elfira pada 6 Oktober depan dan majlis akan diadakan di kediaman keluarga aktress itu.

Mereka berkata bakal disatukan pada tahun hadapan. Namun, masih belum dapat menetapkan tarikh yang sesuai.

Sabar je la Sufian, biar apa orang nak kata. Apa-apa pun kahwin jangan lupa jemput ya!

Sumber: MYNEWSHUB.CC


✍ Sumber Pautan : ☕ Sehinggit Media News

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2eN3Z0K

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.