Hi! Welcome Back and Stay Tune! Berhentilah perasan diri suci! - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Berhentilah perasan diri suci!

BERHENTILAH PERASAN DIRI SUCI
(Kenyataan menyokong acara Wanita Bantah Politik Toksik)

1. Himpunan aman Wanita Bantah Politik Toksik adalah acara yg melibatkan semua wanita tanpa mengira latar agama, latar status sosial dan latar pemikiran.

2. Asalkan wanita, mereka dialu-akukan menyertainya. Tujuannya, membantah sebarang pemikiran dan aksi diskriminasi terhadap wanita dalam semua segmen kehidupan.

3. Acara ini selari dengan saranan Islam yg sentiasa memuliakan semua insan termasuk wanita, yg sering dieksploitasi oleh golongan berkepentingan untuk memenuhi selera nafsu mereka.

4. Sekurang-kurangnya, acara ini menjadi platform utk menyatukan suara dan pendirian wanita Malaysia untuk mendepani pelbagai cabaran semasa dan mendatang yg semakin rencam dan rumit.

5. Siapa pun mereka, wanita adalah insan yg Allah muliakan. Jika ada dalam kalangan mereka yg berbeza dgn kita dlm beberapa hal, termasuk gaya berfikir dan cara hidup, mereka tak boleh dikesampingkan atau dihina.

6. Siapa pun mereka, mereka wajib disantuni dgn baik, dilayani gaya fikir mereka dgn hujah yg mencerahkan, bahkan dihormati idea dan saranan mereka. Mereka adalah insan, Bani Adam.

7. Hanya orang yg berasa dirinya suci saja yg melihat kelompok wanita lain yg tidak sealiran dengan dirinya sebagai kelompok yg tak layak dihormati dan dilayani dengan baik.

8. Murni sangatkah Islam kamu, wahai orang yg berasa dirinya suci sehingga kamu berani mempersoalkan keislaman orang lain? Orang itu liberalis, orang ini avengalis, kelompok itu pencinta LGBT, kelompok ini anti Islam? Hanya kamu saja Islamis tulin?

9. Apa gunanya kamu jadi sabun kalau tidak mampu menyucikan orang lain? Apa gunanya kamu wangi kalau tidak berupaya mewangikan orang lain?

10. Jika kamu rasa diri kamu suci, ayuh turun ke medan, sucikan orang yg kamu anggap kotor itu. Bukan menempek dan melalak, kamu orang kotor, kamu liberalis, kamu LGBT...  hanya kami Islamis, apa hasilnya?

11. Sudahlah kamu tidak mendekati mereka, kamu fitnah pula mereka. Dan, kamu fitnah mereka ketika kepala kamu berlitup kopiah, atau berbelit serban atau bertudung labuh sebagai lambang kesucian diri kamu, kononnya.

12. Hakikatnya, orang seperti kamulah yg mencemar kemuliaan Islam, menconteng arang ke wajah murni Islam, melontar najis ke jasad mulia Islam, tanpa kamu sedari.

13. Orang seperti kamu, yg perasan dirinya suci bukan penyebar Islam, tetapi pembina tembok penghalang penyebaran Islam. Kamu rasa diri kamu suci, padahal kamulah pemikul najis yg mengotorkan kemurnian Islam.

14. Kepada wanita yg komited dgn acara Wanita Bantah Politik Toksik, teruskan komitmen anda, kerana anda sedang menyebarkan kebaikan utk kesejahteraan insan. Anda sudah berjaya. Apa kejayaan itu?

15. Ya, kejayaan menyingkap topeng kepalsuan yg membalut wajah mereka yg berasa diri mereka suci, kononnya merekalah Islamis sejati. Ini kejayaan besar untuk umat ini, kerana anda berjaya menyelamatkan umat ini drpd terus tertipu dgn topeng agama yg mereka pakai.

16. Tanpa mengira apa agama anda, apa bangsa anda, apa jalur fikir anda, apa parti anda, sekalung tahniah untuk wanita yang memberi komitmen menjayakan acara Wanita Bantah Politik Toksik. Seribu tahniah!

ZOLKHARNAIN BIN ABIDIN
Pengarah Hal Ehwal Syariah,
Parti Amanah Negara.
13 Sept 2017


✍ Sumber Pautan : ☕ mountdweller88

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2fni2ec

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.