Siti Elizad Kawan Baik Dengan Anak-Anak Tiri
Biarpun masih belum dikurniakan zuriat sendiri namun Siti Elizad bertuah kerana memiliki dua orang anak tiri yang rapat dan manja dengannya.
Menurut aktres berusia 32 tahun ini, dia punya cara tersendiri menjaga hubungan baik dengan kedua-dua anak tirinya. Walaupun sibuk dengan kerjaya lakonan, dia tetap akan meluangkan masa bersama mereka serta suaminya, pada hujung minggu.
“Alhamdulillah, hubungan saya dengan anak-anak tiri rapat. Mereka masing-masing berusia 14 dan 11 tahun.
“Jika tiada penggambaran atau tidak sibuk dengan aktiviti seni, setiap kali hujung minggu saya akan minta izin daripada ibu mereka untuk bawa mereka keluar berjalan-jalan. Kami luangk masa dan berbual bersama,” katanya ketika ditemui pada sesi fotografi Festival Filem Malaysia (FFM29) di hotel Park Royal, KL, kelmarin.
Menganggap mereka sebagai kawan baik, Elizad bukan saja melayan kerenah malah mengambil tahu minat dan kegiatan yang mereka gemar lakukan.
“Mereka saya anggap seperti kawan baik saya. Saya mahu mereka juga anggap saya seperti kawan baik mereka. Saya juga sering berpesan kepada mereka supaya tidak membeza bandingkan saya dengan ibu mereka.
“Kadang-kadang mereka berkongsi dengan saya mengenai minat mereka, begitu juga dengan saya. Misalnya saya aktif dengan aktiviti bermotosikal dan kebelakangan ini si kakak pun mula menunjukkan minat.
“Namun sebelum membuat apa-apa aktiviti bersama mereka saya akan maklumkan pada suami terlebih dahulu juga meminta kebenaran daripada ibu mereka,” tuturnya.
Elizad atau nama sebenarnya Siti Elizad Mohamad Sharifuddin mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan Shamsul Baharin Rahman, 45, sejak dua tahun lalu.
Sementara itu, mengulas mengenai pencalonan dalam FFM29, Elizad berkata dia tidak meletakkan apa-apa jangkaan.
Meskipun filem lakonannya bertajuk Harmonika kurang mendapat sambutan ketika di tayangkan di pawagam dua tahun lalu, namun dia berpuas hati kerana sudah memberikan hasil kerja yang terbaik untuk karya tersebut.
“Filem Harmonika ditayangkan dua tahun lalu. Jalan ceritanya bagus, cuma sayangnya dari segi promosi tidak berapa kuat,”katanya.
Mengenai perkembangan terbaharu, Wlizad kini sdang sibuk di lokasi penggambaran drama bersiri 70 episod untuk siaran Astro. Drama yang diadaptasi daripada karya Indonesia itu turut menampilkan pelakon Fasha Sandha.
Kata Elizad, wataknya kali ini agak mencabar kerana dia melakonkan karakter sebagai isteri pertama manakala Fasha melakonkan watak sebagai madunya.
“Saya sedang jalani penggambaran drama 70 episod tetapi buat masa ini pihak produksi belum memutuskan judulnya kerana saya difahamkan mungkin ada penukaran tajuk kerana tidak mahu terlalu sama dengan karya asal bertajuk Syurga Yang Kedua.
“Saya pegang watak sebagai Sabrina iaitu isteri pertama. Cabarannya aalah saya mempotreykan seorang wanita yang kuat berdepan ujian apabila suaminya berkahwin satu lagi.
“Walaupun dia sangat sedih dan kecewa kerana dimadukan namun Sabrina tidak pernah menunjukkan kesedihan itu di depan orang.
Melalui watak saya itu, saya mahu mengubah persepsi sekaligus memberi semangat kepada wanita di luar sana yang berstatus isteri pertama,” katanya.
The post Siti Elizad Kawan Baik Dengan Anak-Anak Tiri appeared first on Berita Viral.
✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2eZHrtL
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment