Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tarif Tol Tidak Akan Naik Selama 20 Tahun – MAJU Holdings - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tarif Tol Tidak Akan Naik Selama 20 Tahun – MAJU Holdings

UMAJU Holdings tidak akan naikkan kadar tol selama 20 tahun jika berjaya mengambil alih operasi PLUS Malaysia Bhd, kata pengasas dan pengerusi eksekutif, Tan Sri Abu Sahid dalam satu temu bual ekslusif bersama New Straits Times (NST) semalam selepas mengemukakan tawaran bernilai RM36 billion untuk mengambil alih PLUS Malaysia Bhd

Cadangan tersebut dikemukakan oleh MAJU Holdings melalui nasihat firma pelaburan bebas, Evercore Group LCC pada nilai yang maksimum dengan jangkaan pulangan sekurang-kurangnya 20% kepada pemegang saham sedia ada. UEM Group Bhd memegang 51% saham PLUS dan selebihnya 49% adalah milik KWSP.

Evercore adalah sebuah firma penasihat kewangan bebas daripada US, yang menyedia pembiayaan khusus antara terbesar di dunia. Antara yang menerima khidmat nasihat mereka adalah Facebook, Yahoo dan Abbott. Tahun lalu, urus niaga yang dijalankan oleh syarikat ini berjumlah hampir US$293 billion (RM1.23 trillion) yang terdiri daripada urus niaga lebuhraya.

Terdapat 94 tol beroperasi di bawah PLUS, bermula dari Bukit Kayu Hitam Kedah hingga Tanjung Kupang dan Bangunan Sulatan Iskandar di Johor. Berdasarkan laporan tahun 2014, jumlah trafik di PLUS bersamaan hampir 506 juta kenderaan dengan hasil kutipan sebanyak RM2.61 billion.

Abu Sahid turut berkata, potensi liabiliti akan datang kerajaan juga dapat dijimatkan sehingga RM30 billion serta menghapuskan pampasan sebanyak RM900 juta. Pembelian babit tunai berjumlah RM4 billion akan diberikan kepada pemegang saham sedia ada. Beliau menegaskan MAJU Holdings komited untuk mengekal tarif tol PLUS sehingga akhir tempoh konsesi semasa yang akan berakhir pada tahun 2038.

Beliau juga yakin bahawa UEM dan KWSP tidak akan menerima tawaran yang tinggi seperti ini daripada mana-mana pihak, dan Evercore sentiasa bersedia untuk memberikan justifikasi angka yang ditawarkan.

MAJU Holdings terkenal dengan pembabitan mereka dalam sektor hartanah, infrastruktur dan perkhidmatan seperti pembinaan Terminal Bersepadu Selatan (TBS) dan Lebuhraya Maju (MEX). Pengendalian MEX mempunyai kos efektif yang tinggi berbanding lebuh raya bertol yang lain di Malaysia dan mempunyai kos per kilometer terendah dalam negara.

Walau bagaimanapun, tiada komen rasmi daripada UEM dan KWSP berkenaan hal ini sementara mereka masih meneliti surat tawaran yang diberikan. Pendirian mereka ketika ini kekal dengan hasrat tidak melepaskan pegangan saham yang ada, disokong kenyataan KWSP yang mengatakan bahawa PLUS merupakan salah satu pelaburan teras yang sangat sesuai dengan profil risiko dana pengangguran.

The post Tarif Tol Tidak Akan Naik Selama 20 Tahun – MAJU Holdings appeared first on MOSHED.COM.



✍ Sumber Pautan : ☕ MOSHED.COM

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wfjCco

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.