Hi! Welcome Back and Stay Tune! Taufan Doksuri Tahap 12 Diramal Badai Vietnam - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Taufan Doksuri Tahap 12 Diramal Badai Vietnam

HANOI – Taufan Doksuri yang sedang bergerak menuju Vietnam diramalkan berada pada tahap 11 hingga 12 (tahap maksimum 18) dengan kelajuan angin dijangka mencecah 150 km sejam, lapor agensi berita Vietnam (VNA).

Doksuri diramal mendarat tengah hari dan petang ini. Ia dijangka membadai wilayah tengah Vietnam termasuk wilayah Nghe An, Ha Tinh, Quang Binh dan Quang Tri.

Laporan terbaru Pusat Ramalan Kebangsaan Hidro-Meteorologi (NCHMF) pada semalam mengatakan kekuatan angin ialah 135km sejam.

NCHMF meramalkan curahan hujan sehingga 400mm di Ha Tinh, Quang Binh dan Quang Tri manakala kawasan lain sebanyak 300mm.

Banjir dijangka berlaku di wilayah Thanh Hoa hingga ke wilayah Quang Ngai antara Khamis dan Ahad.
Amaran banjir yang dicetuskan akibat hujan lebat turut membabitkan bandar Vinh, Ha Tinh, Dong Hoi, Quang Tri dan Hue.

Di wilayah Nghe An, sekolah ditutup sehingga taufan bergerak meninggalkan wilayah berkenaan.

Sementara di Thanh Hoa pula, pihak berkuasa di kawasan pergunungan diarahkan membuat perancangan memindahkan kira-kira 247,867 penduduk yang tinggal di kawasan berisiko berlakunya tanah runtuh dan banjir kilat. – Bernama

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ BeautifulNaara

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ybmMev

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.