Hi! Welcome Back and Stay Tune! Syarikat Boy Iman Tidak Dapat Kebenaran Guna Logo Korporat Sirim - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Syarikat Boy Iman Tidak Dapat Kebenaran Guna Logo Korporat Sirim

Menerusi laporan mStar online, Sirim Berhad menafikan bekerjasama dengan syarikat DBI Technology Sdn Bhd dalam sebarang bentuk promosi.

Dalam satu kenyataan, agensi itu memaklumkan bahawa ia juga tidak pernah mengadakan sebarang kajian, ujian produk termasuk perkhidmatan membabitkan syarikat tersebut.

“Sirim juga tidak memberikan pensijilan atau kebenaran kepada DBI Technology untuk menggunakan logo korporat Sirim dalam sebarang bentuk promosi ke atas sebarang produk atau perkhidmatan miliknya.

“Oleh itu, Sirim tidak akan bertanggungjawab di atas segala akibat atau kesan yang dilakukan oleh DBI Technology,” menurut kenyataan itu.

Sebelum ini tular di media sosial mengenai promosi Jom Bina Rumah bersama DBI Technology dengan harga mampu milik, yang memaparkan logo Sirim.

Promosi tersebut turut memaparkan gambar pelakon dan usahawan, Datuk Boy Iman selaku Ketua Pegawai Eksekutif DBI Technology dan penyanyi, Datuk Nassier Wahab sebagai dutanya.

Jumaat lalu, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dengan logonya turut dipaparkan pada promosi itu menjelaskan bahawa ia tidak pernah membenarkan DBI Technology menggunakan logo korporatnya.

Menurut CIDB dalam satu kenyataan, ia tidak menerima sebarang permohonan penggunaan logo korporatnya daripada syarikat tersebut.

The post Syarikat Boy Iman Tidak Dapat Kebenaran Guna Logo Korporat Sirim appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2y37eZk

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.