Tragedi Tahfiz: Semua 23 Mangsa Sudah Dikenal Pasti
KUALA LUMPUR – Identiti kesemua 23 mangsa tragedi kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di sini semalam telah dikenal pasti menerusi ujian asid deoksiribonukleik (DNA).
Ia disahkan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dan berkata proses pengecaman terhadap mangsa selesai dijalankan di Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN) Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini.
Kataya, pihaknya akan mengatur pertemuan dan menghubungi ibu bapa dan waris mangsa untuk memaklumkan perkembangan itu secepat mungkin.
“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Ketua Jabatan IPFN, Dr Mohd Shah Mahmud dan pasukannya kerana membantu mempercepatkan proses pengurusan tragedi nasional ini.
“Kami berharap dan berdoa tragedi ini adalah terakhir seperti ini dan tindakan pencegahan perlu dilaksanakan dan dipatuhi semua pihak nanti,”katanya dalam kenyataan menerusi akaun Facebook rasminya, hari ini.
Dalam kebakaran 5.10 pagi semalam, seramai 21 pelajar dan dua guru yang bertindak sebagai warden maut dalam kebakaran di dalam banglo tiga tingkat itu di Jalan Keramat Hujung, Datuk Keramat di sini.
Manakala enam lagi mangsa hanya mengalami kecederaan dan dirawat di beberapa jabatan di HKL. – BERNAMA
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ BeautifulNaara
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xE7UZb
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment