Hi! Welcome Back and Stay Tune! 13 Keluarga Dipindah Kerana Banjir Di Langkawi - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

13 Keluarga Dipindah Kerana Banjir Di Langkawi

LANGKAWI – Sebanyak 13 keluarga dari dua buah kampung di sini telah dipindahkan setakat ini selepas kediaman mereka dinaiki air pada hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Langkawi, Isahak Murat berkata sembilan daripada keluarga terlibat adalah dari Kampung Bohor Masjid, tiga lagi dari Kampung Belak dan sebuah dari Kampung Lubuk Setol.

“Mereka kini ditempatkan sementara di pusat pemindahan Sekolah Menengah Kebangsaan Kedawang sehingga keadaan banjir di kawasan kediaman mereka pulih,” katanya semasa dihubungi Bernama.

Menurutnya arahan perpindahan itu dikeluarkan selepas paras air di kawasan kampung-kampung berkenaan berada pada 1.5 meter.

“Kami akan terus memantau keadaan walaupun sudah ada beberapa kawasan lain yang semakin pulih dari banjir ini yang disebabkan oleh hujan berterusan sejak pagi tadi,” katanya. – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ BeautifulNaara

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xE80jv

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.