Hi! Welcome Back and Stay Tune! Dasar Luar Malaysia Pemangkin Ekonomi Negara - PM - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Dasar Luar Malaysia Pemangkin Ekonomi Negara - PM


KUALA LUMPUR - Amalan dasar luar yang terbuka terhadap negara-negara lain telah memberi peluang pelaburan dan perdagangan untuk memangkin ekonomi Malaysia, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata Malaysia telah banyak mengaut keuntungan daripada pelaburan dan perdagangan dengan beberapa negara termasuk Amerika Syarikat (AS) yang bernilai berpuluh-puluh bilion Ringgit.

Justeru, kata Najib, adalah wajar bagi Malaysia meneruskan pelaburan dalam sumber yang boleh membawa pulangan.

"Namun, pembangkang mempertikai tujuan KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) melabur di Amerika Syarikat.

"Hakikatnya, KWSP memang sentiasa mencari peluang pelaburan bagi mendapatkan pulangan untuk membayar dividen kepada para pencarum," katanya dalam artikel 'Ucapan Perdana Menteri Mengenai Dasar Luar Negara Yang Terbuka', yang dimuat naik di laman "http://ift.tt/2weD4pL\">http://ift.tt/2weD4pL hari ini.

Dalam pertemuannya dengan Presiden AS Donald J. Trump di Washington DC pada Rabu, Perdana Menteri berkata KWSP dan Khazanah Nasional Bhd merancang meningkatkan pelaburan di sana dan memberi lebih banyak pesawat Boeing bagi meningkatkan ekonomi negara itu.

KWSP dijangka melabur antara US$3 bilion dan US$4 bilion (US$1=RM4.19) di AS.

Najib berkata KWSP telah beberapa tahun melabur dalam pasaran saham AS dan Eropah bagi meningkatkan kadar pulangan dividen untuk para pencarum, malah pertemuannya dengan Trump adalah untuk menambah peluang pelaburan bagi syarikat itu.

"Rundingan pembelian jet Boeing itu pula telah dilakukan kerana Malaysia Airlines memang sudah ada rancangan untuk membeli kapal terbang baharu sebelum pertemuan di Rumah Putih berlangsung tempoh hari," katanya.

Selain AS, Malaysia telah berjaya merundingkan pelaburan bernilai lebih RM100 bilion dengan China pada tahun ini.

"Sedarlah, pembangkang dari awal lagi tidak senang duduk melihat Malaysia berjaya menjalin hubungan mesra dengan negara-negara lain kerana jelas segala tohmahan palsu mereka selama ini tidak perlu diendahkan," katanya. - BERNAMA


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2jvgMds

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.