Hi! Welcome Back and Stay Tune! "Sekolah Tahfiz Membunuh, Macam Reban Ayam" - Netizen Kecam Status Pemuda Ini - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

"Sekolah Tahfiz Membunuh, Macam Reban Ayam" - Netizen Kecam Status Pemuda Ini


Dalam pada semua rakyat Malaysia sedang bersedih dan sayu dengan tragedi kebakaran pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Keramat semalam, terdapat pula mereka yang sanggup melempiaskan kata-kata biadap.

Mungkin bertujuan untuk memberi nasihat namun penggunaan bahasa yang digunakan dilihat seolah-olah tidak cuba memahami perasaan dan menghormati keluarga mangsa. 

Seorang pemuda yang menulis status di laman sosial telah menarik perhatian ramai netizen. Ini kerana dia dengan berani dan lantang sekali menyamakan mangsa kebakaran sebagai ayam dalam reban. 


“Dah terbakar, kau jangan salahkan sesiapa. Kalau dah satu dorm (bilik tidur asrama) tu kau sumbatkan macam ayam dalam reban ayam,” katanya. 

Tidak cukup mengutuk pengurusan sekolah terbabit, pemuda ini turut mengkritik ibu bapa pelajar tersebut. 

“Yang jadi mangsa budak-budak tu. Mak bapak budak tu semua bukan kisah pun keselamatan anak-anak mereka. Yang mereka tau ‘Oh! Anak ku ahli syurga,” katanya lagi.

Dia juga menyifatkan tragedi ngeri itu sebagai satu pengajaran kepada semua pihak. "Sekolah tahfiz membunuh,"tulisnya. 

Netizen lain tidak bersetuju dan membidas apa yang dikatakan oleh pemuda tersebut.

"Biadapnya bahasa kau dik. Kalau betul pun nak nasihat, gunalah bahasa yang elok-elok".


Pun begitu, terdapat juga yang bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh pemuda ini. Biasalah, semua orang mempunyai pendapat masing-masing.


Sejak semalam, berita susulan tentang kebakaran yang meragut nyawa seramai 21 pelajar dan dua guru itu sentiasa dinanti-nantikan seluruh masyarakat. Malah teka-teki punca kebakaran juga ditunggu semua pihak. 

Sumber: CARI 


✍ Sumber Pautan : ☕ Sehinggit Media News

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vY31WA

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.