“Tunggu Sajalah, Saya Bohong Atau Tidak “- Raja Ilya
Ketika dia kini giat mempersiapkan diri dari segi mental dan fizikal untuk ke Hollywood dan membintangi sebuah filem adiwira terbitan Marvel, terbaru timbul pula dakwaan mengatakan kononnya dia sengaja mengada-adakan cerita mengenai berita tawaran tersebut.
Terkejut dengan tuduhan itu, Raja Ilya berkata, ini pertama kali dia mendengar dakwaan tersebut selepas isu kononnya dia membuat pembedahan plastik bagi mendapatkan otot yang sesuai dengan watak yang bakal dilakonkannya.
“Ini pertama kali saya mendengar mengenai tuduhan ini selepas isu pembedahan plastik yang mana sebelum ini saya sudah jelaskan apakah sebenarnya bentuk rawatan yang saya jalani.
“Kalau ada yang cakap saya bohong tentang tawaran tersebut, terpulang. Mungkin kerana saya belum cukup popular jadi apabila saya berkongsi serba sedikit mengenai berita saya mendapat tawaran tersebut, maka mungkin ada yang tidak percaya dan menganggap saya menipu.
“Tunggu sajalah, sama ada saya bohong atau tidak,” tuturnya sambil tersenyum ketika ditemui pada majlis sidang media Festival Filem Malaysia (FFM29), di ibu negara baru-baru ini.
Pemilik nama sebenar Raja Ramilah Begum Raja Mohammad, 32, ini berkata sedemikian ketika diminta mengulas dakwaan yang disiar di beberapa laman sesawang di internet baru-baru ini mengatakan dia berbohong dan sengaja mereka cerita.
Jelasnya, dalam perjanjian bersama produksi berkenaan, dia tidak boleh mendedahkan lebih lanjut mengenai filem yang bakal dibintanginya itu. Malah lokasi sebenar penggambaran akan dijalankan dan siapa para pelakon lain yang akan terlibat juga masih dirahsiakan oleh produksi yang berpengkalan di Los Angeles itu.
“Mengenai tajuk filem ini, lokasi sebenar penggambarannya semua itu saya tidak diberitahu lagi Malah saya sendiri hanya dapat skrip untuk dialong saya sahaja, jadi saya tidak tahu lagi apakah jalan cerita sebenar filem ini. Biarlah pihak produski yang mengumumkannya nanti,” ujarnya.
Dalam pada itu, Ilya memberitahu dia baru saja selamat menjalani pembedahan membuang ketumbuhan pada bahagian perut selepas dua tahun mengidap penyakit tersebut.
“Saya baru lima hari keluar dari hospital selepas menjalani pembedahan membuang ketumbuhan pada bahagian perut saya. Alhamdulillah sekarang saya okay.
“Saya buat keputusan untuk menjalani pembedahan itu kerana ia sebagai langkah memastikan kesihatan saya dalam keadaan baik sebelum saya berangkat ke Los Angeles pada Januari tahun depan dan memulakan penggambaran,” katanya.
Demi memastikan dia mempunyai stamina yang bagus, selain bersenam Ilya juga menjaga pemakanan dan mengamalkan diet ketat sejak dua bulan lalu.
“Selain bersenam, saya juga mengamalkan diet ketat sejak dua bulan lalu. Semua ini saya lakukan kerana watak saya menuntut untuk saya nampak sempurna dan bertenaga.
“Lagipun saya belum lagi diberitahu lebih lanjut mengenai proses penggambarannya, jadi saya tidak tahu dalam sehari berapa jam saya akan menjalani penggambaran.
Ilya juga memberitahu, tahun ini dia terpaksa menolak banyak tawaran lakonan drama berepisod juga filem untuk menumpukan pada persiapannya.
“Saya memang tidak ambil apa-apa tawaran berlakon cuma kalau ada tawaran telefilem itu pun kalau hanya lima atau enam hari penggambaran, saya terima,” katanya.
The post “Tunggu Sajalah, Saya Bohong Atau Tidak “- Raja Ilya appeared first on Berita Viral.
✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2eZHF45
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment