Hi! Welcome Back and Stay Tune! 12 Jenazah Bakal Dikebumi Di Raudhatul Sakinah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

12 Jenazah Bakal Dikebumi Di Raudhatul Sakinah


KUALA LUMPUR – Dua belas daripada 23 mangsa yang terkorban dalam kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung akan disemadikan di Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah, Taman Batu Muda di sini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata kesemua 12 jenazah itu akan disemadikan selewat-lewatnya hari ini.

“Bagaimanapun, kita menunggu keputusan proses pengecaman mayat mangsa yang dijangka selesai pada 3.30 petang ini.

“Sekiranya keputusan dikeluarkan awal, kita akan segerakan proses pengebumian jenazah berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas meninjau keadaan di pusat tahfiz itu.

Jamil Khir berkata jenazah yang lain akan dikebumikan di tanah perkuburan berdasarkan keputusan keluarga masing-masing.

“Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menyediakan enam pasukan khas untuk tujuan pengurusan jenazah kesemua 23 mangsa kebakaran itu. Hanya tunggu keputusan ‘pengecaman identiti mangsa’ (DVI),” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata baki jenazah yang terkorban dalam tragedi, yang dianggap terburuk dekad ini, akan dikebumikan selewat-lewatnya hari ini.

“Pada 8.30 pagi tadi, saya telah mempengerusikan mesyuarat antara JAWI dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan mengenai pengurusan jenazah. Kami juga sudah menghubungi majlis agama negeri di Perak dan Kelantan,” katanya.

Mengiringi Jamil Khir ialah Timbalan Menteri di Jabatan Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Tan Sri Othman Mustapha.

Sementara itu, JAWI dalam satu kenyataan berkata empat jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Jalan Ampang dan masing-masing satu jenazah di tanah perkuburan di Taman Kosas, Dato’ Keramat, Taman Medan, Jalan Klang Lama dan Bukit Kuari, Cheras.

Tiga lagi jenazah, masing-masing akan dikebumikan di tanah perkuburan di Paroi Jaya, Seremban (Negeri Sembilan), Pengkalan Kubur (Kelantan) dan Sungkai (Perak).

Dalam pada itu, sepasukan anggota forensik polis dan bomba masih menjalankan kerja penyiasatan di lokasi bagi mengenal pasti punca kebakaran termasuk kerja pengukuran terhadap elemen objek di tingkat 3 bangunan tahfiz itu.

Dua puluh satu pelajar dan dua warden yang juga guru terkorban dalam kebakaran di pusat tahfiz itu awal pagi semalam. – Bernama


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xDTp7N

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.