Hi! Welcome Back and Stay Tune! Malaysia Kekal Kedudukan Ke-166 Ranking FIFA - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Malaysia Kekal Kedudukan Ke-166 Ranking FIFA


KUALA LUMPUR – Keputusan seri 1-1 yang dilakar skuad Harimau Malaya ketika berdepan Hong Kong dalam perlawanan kelayakan Piala Asia 2019 di Stadium Hang Jebat, Melaka pada 5 September lepas tidak mengubah kedudukan mereka dalam ranking Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Berdasarkan ranking terbaharu FIFA bagi bulan September, Malaysia di bawah kendalian Nelo Vingada kekal berada pada kedudukan ke-166 dunia iaitu kedudukan sama yang diraih pada bulan lepas.

Malaysia sebelum ini berada pada kedudukan 161 pada Januari, 162 (Februari), 161 (Mac), 157 (April), 158 (Mei), 155 (Jun) dan kedudukan ke-167 dunia pada bulan Julai.

Kedudukan itu meletakkan skuad kebangsaan setanding dengan beberapa negara membangun lain seperti Republik Dominica (160), Mauritius (161), Puerto Rico (163) dan Gambia yang berada pada kedudukan ke-164 dunia.

Di kalangan negara ASEAN, Laos dengan Filipina berada di tangga ke-123 dunia, Vietnam (130), Thailand (137), Myanmar (152) , Singapura (162) namun Malaysia kekal berada pada tangga ke-32 daripada 45 negara Asia.

Juara Piala Dunia 2014, Jerman merampas kedudukan teratas dari Brazil susulan persembahan cemerlang setelah menewaskan Republik Czech dan Norway pada aksi pusingan kelayakan Piala Dunia 2018 Zon Eropah, baru-baru ini.

Mereka mengumpul 1,606 mata manakala Brazil turun ke tangga kedua dengan kutipan 1,590 mata. Juara Eropah 2016, Portugal pula melonjak tiga anak tangga untuk berada di tangga ketiga menerusi kutipan 1,386 mata.

Ia juga hasil daripada keputusan cemerlang dilakar pada perlawanan pusingan kelayakan Piala Dunia 2018 Zon Eropah. Kedudukan ranking bulanan FIFA melibatkan 211 negara. – BERNAMA



✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2y308nI

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.