Brunei Sedia Beri Bantuan Kepada Myanmar
BANDAR SERI BEGAWAN – Brunei prihatin terhadap apa yang berlaku di Rakhine, Myanmar dan bersedia memberi bantuan kemanusiaan kepada negara itu, lapor agensi berita China Xinhua.
Menurut kenyataan Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan pada Khamis, Brunei amat prihatin dengan situasi kemanusiaan di negara itu dan senantiasa mengikuti perkembangan terkini mengenainya.
“Kami bersedia bekerjasama dengan Myanmar untuk mengetahui bagaimana cara Brunei dapat beri bantuan kemanusiaan.
“Brunei juga bersedia menawarkan bantuan kewangan bagi membantu meringankan beban mereka yang terjejas,” jelas kenyataan itu.
Pada 25 Ogos lepas, pengganas melancarkan serangan dengan mensasarkan balai polis di Rakhine menyebabkan ramai penduduk terpaksa melarikan diri.
Selain itu, sebanyak 59 kampung dan 6,842 rumah dibakar serta lapan jambatan dimusnahkan manakala 371 pengganas dilaporkan terbunuh. – BERNAMA
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wuoR3q
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment