Hi! Welcome Back and Stay Tune! Jangan Spekulasi Punca Kebakaran - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Jangan Spekulasi Punca Kebakaran


KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi meminta semua pihak agar jangan mencetuskan sebarang spekulasi mengenai punca kebakaran yang mengorbankan lebih 20 nyawa di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di sini semalam.

Ahmad Zahid berkata, hasil siasatan akan dikemukakan kepada Pasukan Petugas Khas serta pada masyarakat umum sama ada kejadian tersebut berlaku disebabkan unsur-unsur jenayah atau berpunca daripada kesilapan teknikal.

"Saya telah bincang dengan Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat, Datuk Wan Mohd. Nor Ibrahim dan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh untuk menyiasat mengenai sebarang kemungkinan berlakunya kebakaran namun kita jangan buat spekulasi mengenainya," katanya dalam sidang akhbar selepas Sesi Dialog Perdana Transformasi Nasional (TN50) Kluster Keselamatan di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, mesyuarat pertama Pasukan Petugas Khas bagi menyiasat kebakaran di pusat tersebut yang akan diadakan pada Selasa ini akan meneliti semua syor yang telah dikemukakan Suruhanjaya Diraja (RCI) Mengenai Keselamatan Sekolah Agama selepas tragedi Sekolah Agama Rakyat Taufiqiah Khairiah Al-Halimiah atau Pondok Pak Ya dekat Yan, Kedah, pada 1989.

"Syor RCI ini saya dimaklumkan ia tidak diguna pakai sebagai garis panduan untuk pusat tahfiz dan sekolah agama rakyat di negara ini.

"Pasukan Petugas Khas ini akan meneliti semua syor dan cadangan yang telah dikemukakan RCI tersebut untuk dijadikan panduan di sekolah agama dan pusat tahfiz demi keselamatan anak-anak yang bersekolah di sana," ujarnya.- UTUSAN ONLINE


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2x6ngnI

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.