Hi! Welcome Back and Stay Tune! Ketua Hakim Negara, Datuk Seri S. Samy Vellu dan Tan Sri Michael Chen Wing Sum kini bergelar Tun - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Ketua Hakim Negara, Datuk Seri S. Samy Vellu dan Tan Sri Michael Chen Wing Sum kini bergelar Tun

Ketua Hakim Negara Tan Sri Md Raus Sharif serta dua bekas menteri kabinet Datuk Seri S. Samy Vellu dan Tan Sri Michael Chen Wing Sumdianugerahi darjah kebesaran Seri Setia Mahkota (SSM), anugerah tertinggi negara yang membawa gelaran Tun.

 

 

Ketua Hakim Negara, Datuk Seri S. Samy Vellu dan Tan Sri Michael Chen Wing Sum kini bergelar Tun

Ketua Hakim Negara, Datuk Seri S. Samy Vellu dan Tan Sri Michael Chen Wing Sum kini bergelar Tun

 

 

Ketiga-tiga tokoh itu mendahului senarai penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan Tahun 2017 bersempena Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V, hari ini.

Md Raus, 66, dilantik sebagai Ketua Hakim Negara selama tiga tahun berkuat kuasa pada 4 Ogos lepas, menggantikan Tun Arifin Zakaria yang bersara.

Sebelum itu, beliau berkhidmat sebagai Presiden Mahkamah Rayuan sehingga 3 Ogos 2017.

Samy Vellu, 81, pula merupakan Duta Khas ke India dan Asia Selatan dalam bidang infrastruktur berkuat kuasa pada 1 Januari 2011.

Samy Vellu adalah antara pemimpin paling lama memegang jawatan dalam kabinet bermula sebagai Menteri Kerja Raya dan Utiliti pada tahun 1979 sehingga tahun 2008.

Beliau mula menyertai arena politik pada tahun 1959 sebagai anggota MIC cawangan Batu Caves sebelum dilantik sebagai presiden parti itu pada pada tahun 1981.

Samy Vellu meletakkan jawatannya sebagai Presiden MIC pada 2010 selepas memegang jawatan itu selama 31 tahun.

Sementara itu, Michael Chen, 85, merupakan bekas Timbalan Presiden MCA dan pernah dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Negara pada tahun 2000 hingga 2003.

Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Menteri Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kampung Baru.

Chen bergiat aktif dalam politik tanah air sejak tahun 1964 bersama MCA dan berkhidmat sebagai anggota parlimen sejak tahun 1964 hingga 1986.

Selain itu, beliau juga pernah berkhidmat sebagai anggota Dewan Negara bermula tahun 1997 hingga 2003. — Bernama

Sumber: Malay Mail



Sumber Ketua Hakim Negara, Datuk Seri S. Samy Vellu dan Tan Sri Michael Chen Wing Sum kini bergelar Tun

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2eNFYH0

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.