Hi! Welcome Back and Stay Tune! KHAIRY BIDAS PEMBANGKANG ISU PELABURAN DI LUAR NEGARA - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

KHAIRY BIDAS PEMBANGKANG ISU PELABURAN DI LUAR NEGARA

KUALA LUMPUR –  Pelaburan yang dibuat entiti kerajaan Malaysia di Amerika Syarikat atau di negara besar lain adalah demi memanfaatkan Malaysia dan rakyatnya, kata Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata kerajaan BN membuktikan kemampuannya untuk mengetepikan politiking murahan demi berkhidmat untuk rakyat melalui dasar ekonomi yang stabil dan hubungan diplomatik yang lama terjalin bagi membawa kemakmuran masa kini dan akan datang.

“Masanya sudah tiba bagi pembangkang untuk bersikap matang dan tidak lagi terlibat dengan politiking murahan sebaliknya menghidangkan kepada rakyat Malaysia kebijaksanaan serta idea, bukannya dengan menakut-nakutkan mereka,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Khairy berkata demikian bagi mengulas tindakan  pihak tertentu yang mengkritik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung rancangan mengembangkan pelaburan Malaysia di Amerika Syarikat seperti yang diumumkan semasa rundingan beliau dengan Presiden Donald Trump di Rumah Putih pada Selasa.

Menurutnya gesaan agar Malaysia tidak ‘menghantar wang’ ke luar negara menunjukkan apa yang beliau sifatkan sebagai  ‘kefahaman yang amat terhad tentang aliran pelaburan negara kita’.

-Bernama

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ybiKmw

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.