Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tragedi tahfiz: Pelbagai pihak kecewa banyak amaran dan laporan aspek keselamatan pusat tahfiz selama ini tidak diendah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tragedi tahfiz: Pelbagai pihak kecewa banyak amaran dan laporan aspek keselamatan pusat tahfiz selama ini tidak diendah

KUALA LUMPUR: Pelbagai pihak melahirkan rasa sedih, kesal dan kecewa dengan tragedi di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung di ibu negara pagi semalam yang mengorbankan 23 nyawa.

 

Tragedi tahfiz: Pelbagai pihak kecewa banyak amaran dan laporan aspek keselamatan pusat tahfiz selama ini tidak diendah

Tragedi tahfiz: Pelbagai pihak kecewa banyak amaran dan laporan aspek keselamatan pusat tahfiz selama ini tidak diendah

 

Kecewa kerana banyak amaran dan laporan aspek keselamatan pusat tahfiz yang didedahkan selama ini tidak diendahkan, sedih kerana lagi nyawa pelajar melayang, kesal kerana syor Suruhanjaya Diraja (RCI) Mengenai Keselamatan Sekolah Agama selepas tragedi Sekolah Agama Rakyat Taufiqiah Khairiah Al-Halimiah atau Pondok Pak Ya dekat Yan, Kedah, pada 1989, yang mengorbankan 27 nyawa tidak dipedulikan.

Malah, mereka menyalahkan sikap sambil lewa dan lepas tangan agensi dan kementerian kerana tidak menyambut dan melaksanakan syor dibentangkan RCI.

Pensyarah Kanan Pusat Citra Universiti, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Azizi Umar, berkata sejak syor RCI dikemukakan tiada penyelarasan antara pihak berwajib, terutama kementerian yang sepatutnya melaksanakannya.

Katanya, tiada guna ditubuhkan RCI bagi menyiasat tragedi syor yang dikemukakan dipandang remeh dan hanya untuk memenuhi syarat.

“Malah, tiada rundingan dan jalan penyelesaian untuk memutuskan siapa pihak yang sepatutnya bertanggungjawab menggalas tugas memantau sekolah tahfiz dan pondok,” katanya kepada BH.

Azizi mencadangkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh menjadi orang tengah untuk menyelaraskan semua tindakan pihak berwajib bagi melaksana syor RCI itu.

Sementara itu, Ketua Kluster Pendidikan dan Pembangunan Modal Insan, Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Datuk Dr Zakaria Kasa mahu laporan RCI itu dibentang dan diteliti semula untuk dijadikan panduan dan iktibar pada masa akan datang.

Beliau berkata, amat menyedihkan apabila tragedi mengorbankan 27 nyawa pada 1989 tidak dijadikan iktibar oleh pengurusan sekolah pondok dan maahad tahfiz.

“Jangan habiskan masa bentuk satu lagi suruhanjaya bagi menyiasat tragedi terbaharu ini kerana laporan RCI lalu masih boleh dijadikan garis panduan.

“Kejadian pagi tadi menunjukkan kita bukan sahaja tidak ambil iktibar kejadian di Pondok Pak Ya, malah beratus kebakaran di pusat tahfiz lain,” katanya.

Zakaria berkata, pengurusan pusat tahfiz bukan sahaja perlu mengambil perhatian aspek keselamatan bangunan kerana kebanyakannya tiada sijil layak menduduki (CF), malah perlu bertanggungjawab terhadap keselamatan pelajar.

Setiausaha Agung Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Mohd Alif Anas Md Noor juga tidak menolak kemungkinan kegagalan melaksanakan segala syor dan cadangan dibentangkan RCI antara faktor kebakaran di pusat tahfiz dan sekolah pondok terus berulang.

“Saya menggesa syor RCI diteliti semula sebagai panduan dan SOP kepada semua pengendali sekolah tahfiz dan pondok,” katanya.

“Tragedi yang berlaku pagi tadi (semalam) amat menyedihkan dan ia mengimbau kejadian yang berlaku 28 tahun lalu di Pondok Pak Ya, Yan.

“Jika ramai yang tidak tahu wujudnya RCI bagi menyiasat kejadian di Pondok Pak Ya, maka tidak mustahil syor RCI juga gagal dilaksanakan khususnya oleh pengendali sekolah tahfiz dan pondok,” katanya.

Sumber: Bharian



Sumber Tragedi tahfiz: Pelbagai pihak kecewa banyak amaran dan laporan aspek keselamatan pusat tahfiz selama ini tidak diendah

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2flBiZj

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.