8 Perkara Yang Anda Harus Fikirkan Sebelum Memilih Logo Syarikat
Pemilihan logo amat penting untuk menyampaikan visi dan falsafah sebuah syarikat.
Walaupun logo bukanlah penentu kejayaan bagi mana-mana syarikat, namun ia memainkan peranan yang tersendiri dalam penjenamaan dan pemasaran kepada prospek dan pelanggan.
Menurut kajian, tahap kepercayaan dan kesetiaan pelanggan juga bergantung kepada logo syarikat.
Setiap kali mana-mana syarikat menukar logo mereka bagi proses penjenamaan semula, ia sedikit sebanyak menggugat kepercayaan pelanggan dan membuatkan mereka berasa kurang selesa.
Pemilihan logo syarikat yang unik adalah bagus untuk penjenamaan kerana senang untuk diingati namun pastikan rekaannya tidak terlalu kompleks.
Berikut adalah tip-tip yang anda boleh jadikan sebagai panduan ketika memilih logo syarikat.
#1-Pastikan Mesej Syarikat Jelas.
Pastikan logo anda jelas supaya logo anda boleh berkomunikasi dengan pelanggan secara lansung.
Fikirkan terlebih dahulu apa yang anda mahu logo anda sampaikan mengenai syarikat kepada pelanggan dan terjemahkan dalam bentuk logo.
Pastikan anda memilih rekaan yang ringkas dan senang difahami. Yang penting bukan rekaan cantik dan menarik bagi anda semata-mata, yang paling penting sebenarnya adalah pelanggan anda faham mesej syarikat anda melalui logo.
#2-Elakkan Logo Anda Menyerupai Logo Syarikat Lain.
Buat kajian mengenai logo-logo syarikat lain terlebih dahulu agar rekaan anda tidak menyerupai mereka,
Ini juga boleh jadikan logo anda kreatif kerana tidak menyerupai mana-mana logo.
Logo Starbucks juga pernah menjadi pertikaian dalam mahkamah kerana ada orang yang mahu meniru logo dan nama mereka.
Pastikan anda tidak disaman oleh mana-mana syarikat kerana meniru logo mereka.
#3-Elakkan Penggunaan “Clip Art”.
Selalunya, logo yang bagus dan menarik agak sukar untuk direka semula dan ditiru seperti asal.
Cara yang terbagus adalah gunakan pereka grafik yang berbakat untuk membantu anda mereka logo yang diidamkan atau jika anda mahir menggunakan perisian untuk grafik anda boleh melakukannya sendiri.
Ada pemilik bisnes yang kurang modal dan kemahiran untuk mereka logo yang bagus, jadi mereka menggunakan aplikasi logo yang percuma atau ‘clip art’ untuk memudahkan mereka mencipta logo yang diingini.
Sudah tentu tiada masalah untuk menggunakan cara ini cumanya rekaan anda mungkin tidak berapa unik dan mudah untuk ditiru orang lain.
Penggunaan ‘clip art’ mungkin menyenangkan anda untuk mereka logo tanpa perlu ada kemahiran grafik yang tinggi namun ia adalah satu pilihan yang berisiko. Sebolehnya dinasihatkan anda untuk mengelak daripada menggunakannya.
#4-Logo Adalah Simbolik Kepada Imej Syarikat.
Memang semua usahawan harus menempuh fasa kesukaran sewaktu mahu memperkenalkan bisnes mereka pada awal-awal pembukaan.
Tidak ramai mahu menghabiskan masa untuk mendengar cerita mengenai anda, produk anda dan juga syarikat anda apatah lagi jika ia tidak lansung berkaitan dengan mereka.
Namun, penggunaan logo yang baik membantu anda untuk menyampaikan cerita bisnes anda kepada pelanggan target tanpa dipaksa.
Jika mereka mengenal logo anda bermakna sedikit sebanyak mereka telah melaburkan usaha dan masa mereka untuk mengenali dan mengambil tahu mengenai syarikat anda.
Setiap pemilihan warna, perkataan, moto ada sebab dan ceritanya yang tersendiri.
Gunakan kesempatan ini untuk bercerita kepada pelanggan dan prospek anda dan tarik minat mereka untuk mengenali bisnes anda dengan lebih lanjut.
Kebiasaannya, pereka grafik sudah tahu kombinasi warna serta ‘font’ yang menarik untuk cerita bisnes anda kerana itu adalah bidang kepakaran mereka.
#5-Mohon Untuk Patenkan Logo Sebagai ‘Trademark’ Anda.
Jika anda menyukai logo anda dan ia berfungsi dengan baik dalam menyampaikan mesej yang bagus kepada syarikat anda, anda harus memohon untuk hak perlindungan logo anda.
Jika bisnes anda sudah berjaya dan maju pada suatu hari nanti, jika logo anda ditiru oleh pesaing, anda boleh melindunginya dengan baik dengan perlindungan undang-undang.
#6-Elak Pengunaan Banyak Warna-Warna Yang Melampau.
Logo dengan warna-warna yang terlalu banyak mungkin kelihatan menarik kepada anda yang berkarakter ceria.
Namun, jika anda bukanlah pengusaha taman permainan, sarkas atau bisnes yang berkaitan dengan kanak-kanak, dinasihatkan anda tidak menggunakan lebih daripada 3 warna untuk logo anda.
Lazimnya, pereka grafik atau logo yang profesional sudah tahu akan perkara ini namun jka anda memilih untuk merekanya sendiri, pastikan anda tidak bermain dengan terlalu banyak warna sehingga hilang imej profesional bagi bisnes anda.
#7-Pastikan Ada Variasi Pilihan Sebelum Lakukan Pemilihan.
Sebelum membuat pemilihan terakhir bagi logo syarikat anda, pastikan anda minta pereka anda sediakan beberapa pilihan warna, ‘font’, bentuk untuk anda pilih dan buat ubahsuai penambahbaikan.
Dengan variasi pilihan yang ada, anda boleh tentukan yang mana yang paling terbaik untuk menyampaikan imej, cerita dan mesej bisnes anda.
#8-Minta Pendapat Orang Lain.
Sebaiknya, sebelum anda lancarkan logo syarikat kepada umum, mintalah pendapat orang lain mengenai logo anda.
Sememangnya logo yang menarik itu subjektif namun dengan meminta pendapat jujur mereka dan hasil analisa majoriti mengenai logo anda, anda boleh mengukur sejauh mana logo anda boleh diterima oleh prospek dan pelanggan anda.
Jika perlu, buat penambahbaikan daripada situ agar logo anda dapat berfungsi dengan baik untuk syarikat dan juga tidak mudah untuk ditiru.
Logo anda akan sentiasa diingati oleh pelanggan dalam tempoh masa yang lama terutamanya jika mereka berpuas hati dengan produk dan perkhidmatan anda.
Jadi pastikan logo anda tepat untuk ceritakan bisnes anda dan boleh digunakan dalam tempoh yang lama.
Sumber 8 Perkara Yang Anda Harus Fikirkan Sebelum Memilih Logo Syarikat
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2kVoyxO
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment