‘Rayuan Penangguhan Ditolak’, Ayah Ummi Nazeera Dipenjara 10 Tahun
Sejak kebelakangan ini Ummi Nazeera sering menjadi bualan netizen selepas kejayaannya dalam dalam filem ‘Bisik Pada Langit’. Tidak hairanlah apa yang dilakukannya pasti mendapat perhatian.
Terbaru, menerusi laporan Berita Harian ayah Ummi Nazeera kini dikenakan hukuman penjara selama 10 tahun. Ayah Ummi Nazeera dituduh berhubung kes berkaitan penggunaan dokumen palsu.
Rayuan penangguhan ditolak
Mahkamah memerintahkan perayu menjalani hukuman penjara berkuat kuasa hari ini (semalam), manakala rayuan untuk penangguhan ditolak.
Pada 25 November 2015, bapa pelakon Ummi Nazeera didakwa atas 10 pertuduhan menggunakan dokumen palsu sebagai tulen berhubung surat peletakan jawatan dan pemindahan saham milik isteri keduanya. Keputusan rayuan telah ditolak oleh Pesuruhjaya Kehakiman atas sebab sebab tertentu.
Menggunakan dokumen palsu
Terdahulu, Zainulabidin disabitkan bersalah kerana telah menggunakan dokumen palsu sebagai tulen. Dia telah memberi beberapa dokumen untuk memindah milik 1.68 juta unit saham syarikat Mutiara Efektif (M) Sdn Bhd.
Dia juga turut dituduh menggunakan dokumen palsu untuk melantik Ahmad Fikhri dan seorang lagi anak, Nor A’khilah sebagai pengarah syarikat BTIS Manufacturer Sdn Bhd.
Sumber : OHBULAN!
✍ Sumber Pautan : ☕ Sehinggit Media News
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2gi0n7Q
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment