Hi! Welcome Back and Stay Tune! Polis siasat kes dakwaan hubungan sulit pegawai kanan SPRM - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Polis siasat kes dakwaan hubungan sulit pegawai kanan SPRM

SEPANG: Polis sedang menjalankan siasatan berhubung dakwaan seorang pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mempunyai hubungan sulit dengan isteri orang, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.

"Siasatan berjalan ketika ini. Kami sedang kenal pasti, kalau perlu buat tangkapan kita buat tangkapan.

"Beri polis masa untuk menyiasat perkara ini. Tidak mudah bagi kami untuk mengesan dan sedang berusaha mengenal pasti siapa yang bertanggungjawab," katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas aduan mengenai seorang pegawai kanan SPRM mempunyai hubungan sulit dengan isteri orang.

Mohamad Fuzi sebelum ini dilaporkan mengesahkan bahawa polis menerima aduan mengenai perkara itu.

Menjawab satu soalan, Mohamad Fuzi berkata setakat ini tidak ada laporan polis daripada pihak SPRM berhubung dakwaan melibatkan pegawai kanan agensi itu.

-- BERNAMA



Sumber Polis siasat kes dakwaan hubungan sulit pegawai kanan SPRM

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xKUDtk

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.