Perlis Bina Lima Masjid, Telaga Di Cox’s Bazar
KANGAR – Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) membina lima masjid dan puluhan telaga di kawasan kem pelarian Rohingya Cox’s Bazar di Bangladesh.
Mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang membuat lawatan ke kem itu berkenan merasmikan pembukaan masjid tersebut malam tadi.
Catatan terkini laman sosial Facebook Asri menyatakan beliau amat kagum dengan sambutan yang diberikan oleh pelarian yang hadir beramai-ramai untuk solat berjemaah di masjid itu.
Beliau yang menyertai rombongan itu memberi tazkirah kepada mereka yang hadir dalam bahasa Inggeris dan diterjemah ke dalam bahasa yang difahami masyarakat Rohingya.
“Apabila saya membaca ayat-ayat suci al-Quran dan meminta mereka respons dengan ayat-ayat yang dibaca, mereka menyambung bacaan dengan baik.
“Ini bermakna walaupun hidup dalam penuh penderitaan dan kesengsaraan, mereka tidak pernah tinggal membaca al-Quran,” kata Asri dalam catatannya itu.
Turut sama ialah Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs Mohd Nazim Mohd Nor serta pemimpin beberapa badan sukarela lain yang mengiringi Raja Muda yang juga Yang Dipertua MAIPs dalam lawatan dua hari itu ke kawasan tersebut.
Sumbangan segera buat pelarian di situ ialah bekalan makanan, di samping merancang untuk membantu hospital di Cox’s Bazar yang terlalu daif dan serba kekurangan.
“Keadaan di hospital tersebut amat menyedihkan dan menyayat hati. Ruang dan kemampuan hospital sangat terhad sedangkan ia terpaksa menampung jumlah pesakit yang berlipat ganda,” katanya. – Bernama
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yvmWjv
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment