9 Perkara Anda Lakukan Yang Membuatkan Orang Lain Fikir Anda Bijak
#1-Sentiasa Menepati Masa.
Berapa ramai di antara kita sentiasa menepati masa? Ungkapan ‘masa itu emas’ sering kali kita dengar namun berapa ramai antara kita benar-benar menghargainya.
Jika anda tidak muncul awal secara automatiknya anda telah lewat. Ini mungkin buatkan orang lain rasa kurang hormat kepada anda.
Cara anda menggunakan masa juga adalah cara orang menilai kebijaksanaan anda.
Jika anda selalu awal dan menepati masa, anda bukan sahaja akan kelihatan bijak malahan kelihatan menarik.
#2-Berpakaian Dengan Baik Dan Bersesuaian.
Ada sesetengah orang suka berpakaian cantik dan melaram di mana-mana sahaja. Bagi mereka ini adalah imej yang cantik dan menarik untuk tatapan orang lain.
Bukanlah tidak boleh bergaya dan melaram tetapi biarlah kena pada tempatnya.
Ada juga yang tidak suka bergaya dan memilih untuk berpakaian ringkas kerana mahu menjadi diri sendiri.
Ada juga yang mahu kelihatan berbeza dan lain daripada yang lain kerana tidak suka sama seperti kebiasaan orang.
Jika anda mahu tampil unik dan berlainan juga, anda haruslah berpada dan biarlah kena dengan tema majlis yang anda hadiri.
Jika anda berpakaian seperti hendak menghadiri kenduri ke mesyuarat formal, ia bukanlah satu tindakan yang bijak.
Sebaliknya, jika berpakaian sesuai dengan majlis, orang lain juga berasa selesa dengan anda dan melihat anda sebagai seorang yang mempunyai imej yang bagus dan bijak.
#3-Ambil Ingat Perkara-Perkara Kecil.
Orang lain akan menghargai anda jika anda berupaya mengingati perkara-perkara kecil.
Ia bukan sahaja menggambarkan anda seorang yang bijak malahan menunjukkan sisi diri anda yang prihatin dan tidak mementingkan diri sendiri.
Sudah tentu, kebolehan mendengar dan mengingat anda yang baik akan disedari oleh mereka dan buatkan anda lebih disukai ramai.
#4-Lakukan Banyak Kebaikan-Kebaikan Kecil.
Banyak perkara-perkara kecil yang kita lakukan akan buatkan orang lain merasakan yang kita seorang baik dan terpelajar.
Perbuatan seperti membantu orang melintas jalan, membuka pintu dan membuka laluan kepada orang lain terlebih dahulu dan lain-lain adalah antara perkara yang membuatkan orang senang dengan kita.
Ini adalah contoh yang membuatkan anda kelihatan bijak dan menyenangkan pada mata orang lain.
Dalam erti kata lain, anda mendahulukan dan mengutamakan orang lain sebelum anda dan itu adalah perbuatan bijak yang terpuji.
#5-Pilihan Dekorasi Anda Adalah Lambang Keperibadian Anda.
Apabila seseorang memasuki rumah anda, bilik anda, pejabat anda dan sebagainya yang milik anda, pasti mereka akan melihat cara anda menghias ruangan anda dan membuat penilaian.
Cara anda menghias, pilhan kemasan, perabot dan penjimatan ruang yang baik pastinya akan membuatkan mereka rasa anda seorang yang bijak.
Sebaliknya, jika mereka memasuki ruangan anda yang bersepah, sempit, tidak terurus dan kelengkapan yang tidak sesuai atau tidak cukup serba-serbi pasti mereka mempunyai tanggapan yang kurang elok mengenai anda.
Tidak perlu hiasan yang mewah tetapi cukuplah memuaskan mata yang memandang untuk dekorasi yang minima.
Pilih dekorasi dan susunan ruang dan kelengkapan yang menggambarkan memotivasikan anda, yang menarik bagi anda, yang menggambarkan prinsip-prinsip anda.
Dalam erti kata lain, pilihlah dekorasi yang menggambarkan karakter anda kepada orang lain.
Ia juga memudahkan orang lain untuk memahami anda.
#6-Kasut Adalah Raja Dalam Penampilan Anda.
Ikut kajian, apabila seseorang melihat anda, perkara pertama yang mereka akan lihat pada diri anda adalah kasut.
Jadi pastikan anda memakai jenis kasut yang sesuai. Ini bukan bermakna anda harus membeli kasut yang berjenama dan mahal.
Cukuplah sekadar tidak menjelikkan pada mata yang memandang dan bersesuaian dengan majlis.
Anda masih nampak bijak dan bergaya apabila memakai t-shirt dan jean dengan kasut yang sesuai.
#7-Tabiat Anda Mengambil Nota.
Tidak dinafikan, ramai di antara kita yang malas untuk mencatat atau mengambil nota sejak dari zaman persekolahan lagi.
Jika billionaire terkenal dunia, Richard Branson, juga tidak pernah ponteng daripada mengambil nota, kenapa tidak anda?
Kekayaan yang anda miliki tidak menjadikan anda seorang yang bijak sebaliknya ilmu pengetahuan yang anda miliki adalah ukurannya.
Mungkin kita telah belajar banyak perkara akan tetapi kita ini manusia sememangnya sifatnya pelupa.
Dengan mengambil nota, kita boleh mengingat kembali apa yang kita pelajari.
Tabiat mengambil nota juga membuatkan anda kelihatan bijak dan serius untuk belajar dan mengambil tahu sesuatu perkara.
Sesungguhnya, banyak perkara yang menguntungkan yang anda akan perolehi berbanding rugi dengan mengambil nota.
#8-Cara Anda Berbelanja.
Sememangnya cara kita menguruskan kewangan kita adalah berbeza namun sedar atau tidak, orang lain boleh menilai kita melalui perbelanjaan kita.
Jika kita tidak boros, bijak berbelanja dan menyimpan, pasti mereka akan menyifatkan kita sebagai seorang yang bijak.
Sebaliknya, jika asyik bergaya dan bermewahan, melancong sana-sini sedangkan hutang kita keliling pinggang, itu adalah tindakan yang tidak bijak sebaliknya hanya menyusahkan diri sendiri.
Ada juga yang menghabiskan wang untuk makanan yang sedap dan mahal semata-mata.
Namun jika membeli makanan yang berlebihan dan tidak berkhasiat, itu juga bukanlah satu tindakan yang bijak.
Pokoknya, gaya hidup anda memainkan peranan penting apabila seseorang membuat tanggapan sama ada anda bijak atau tidak.
#9-Lingkungan Rakan Anda.
Dengan siapa anda berkawan menentukan siapa anda dan juga keperibadian anda.
Sememangnya orang yang kita gemar habiskan masa bersama adalah cerminan kepada diri kita, kepercayaan kita, prinsip kita, matlamat dan falsafah kita dalam kehidupan.
Habiskan masa bersama-sama dengan orang yang bantu kita meningkatkan kualiti hidup kita dan membuatkan kita lebih bijak dan matang.
Orang luar lazimnya menilai keperibadian anda berdasarkan dengan siapa yang anda bergaul.
Selain itu, anda juga dilihat sebagai seorang yang bijak jika pandai bergaul, pandai mencari peluang dan berdikari.
Sumber 9 Perkara Anda Lakukan Yang Membuatkan Orang Lain Fikir Anda Bijak
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xMOkKF
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment