Hi! Welcome Back and Stay Tune! “Ada ‘godfather’ bukan hinaan tapi pujian” – Khalid jelaskan Zamihan tersalah tafsir - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

“Ada ‘godfather’ bukan hinaan tapi pujian” – Khalid jelaskan Zamihan tersalah tafsir

Anggota Parlimen Shah Alam Khalid Samad berkata kenyataannya bahawa Zamihan Mat Zin mempunyai godfather adalah satu pujian dan tidak menghina.

Katanya, beliau bimbang sekiranya Presiden Persatuan Ahli Sunnah Wah Jamaah (Aswaja) itu tersalah tafsir maksud ‘godfather’ sebenar yang menurut Khalid, merujuk kepada “pelindung”.

“Dia tak faham istilah godfather itu. Mungkin dia ingat ‘God’ adalah tuhan dan ‘father’ itu paderi. Tapi godfather ini seorang yang menyokong dan melindungi. Ia satu benda bagus, dan hebat.

“Ini bermakna ada orang lindungi dia sampai dia pergi mana-mana pun tak boleh sentuh. Ia satu pujian,” katanya kepada Malaysiakini ketika ditemui pada Konvensyen Parti Amanah Negara (AMANAH) di Alor Setar semalam.

Khalid berkata demikian selepas Zamihan mengancam untuk menyaman Khalid berhubung tuduhan beliau mungkin dilindungi godfather.

Khalid bagaimanapun berkata beliau bersedia berhadapan dengan saman itu sekiranya Zamihan meneruskan niatnya dan akan mengemukakan bukti kepada pihak mahkamah.

“Kalau dia nak bukti kenapa saya kata ada godfather saya akan tunjuk bukti. Dia kata mufti bodoh tapi tak diambil tindakan, maknanya ada yang lindungi dia.

“Jadi saya kena bawa bukti ke mahkamah dan tunjuk kenapa dia ada godfather,” katanya.

Pada 17 Okt lalu Malaysiakini melaporkan Khalid sebagai berkata ada kemungkinan Zamihan dilindungi godfather – istilah yang selalunya dikaitkan dengan pihak yang berpengaruh.

Malah kata Khalid, godfather terbabit cuba mengadap Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bagi menyelamatkan penceramah terbabit susulan ucapan kontroversinya di sebuah masjid di Selangor baru-baru ini.

“Ustaz Zamihan ada dia punya godfather dia, ini bukan baru, dia selamba sahaja kata orang itu, ini… tapi tak ada tindakan yang diambil. Sampai sekarang ini hentam sultan pun boleh.

Godfather nak jumpa sultan nak merayu pada Sultan, nak mengadap Sultan Johor,” katanya.

Nama Zamihan menjadi perhatian ramai ekoran kelantangannya menyampaikan pandangan semasa memberikan ceramah atau kuliah.

 

Baru-baru ini dia ditahan reman dua hari oleh polis di bawah Akta Hasutan ekoran kritikannya ke atas Sultan Ibrahim yang mengarahkan dobi mesra muslim di Muar, Johor menukar polisi perniagaannya yang mencetuskan kontroversi.

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah sebelum ini telah mengarahkan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) membatalkan tauliah yang diberi kepada Zamihan.

Malaysiakini sedang mendapatkan maklum balas dari Zamihan berhubung isu ini.

Sumber: MK



Sumber “Ada ‘godfather’ bukan hinaan tapi pujian” – Khalid jelaskan Zamihan tersalah tafsir

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ir7vTE

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.