Hi! Welcome Back and Stay Tune! Bilic akur gagal bimbing Hammers - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Bilic akur gagal bimbing Hammers

LONDON: Pengendali West Ham, Slaven Bilic sedia menerima apa saja keputusan pihak pengurusan kelab selepas anak buahnya tewas 3-0 kepada Brighton di laman sendiri awal pagi tadi.

Bilic, yang berjaya mengharungi tempoh sukar musim lalu, berkata dia bertanggungjawab sepenuhnya di atas aksi longlai pasukan yang menyaksikan penyokong tuan rumah mula angkat kaki di pertengahan babak pertama.

"Sukar bagi saya untuk memperkatakan sesuatu yang bijak sekarang. Saya bertanggungjawab sepenuhnya. Saya tidak mahu berselindung," kata pengendali 49 tahun dari Croatia itu.

"Ia situasi tidak baik dan pengurusan akan melakukan apa yang sepatutnya. Keputusan terletak di tangan mereka."

Pemilik bersama West Ham, David Sullivan sebelum perlawanan berkata, bekas pengendali skuad kebangsaan Croatia itu akan kekal bersama kelab sehingga akhir musim kecuali keadaan bertambah buruk dan perlu perubahan drastik.

PEMAIN Brighton, Glenn Murray (kiri) menjaringkan gol ketiga pasukan hasil sepakan penalti ketika menewaskan West Ham. - Foto Reuters

Dua gol jaringan Glenn Murray dan satu daripada Jose Izquierdo memberikan kemenangan berharga buat pengendali Brighton Chris Hughton yang mengharungi perlawanan Liga Perdana ke-100 sebagai pengendali.

Ia adalah kemenangan di laman lawan pertama Brighton musim ini dan dan kali pertama dalam liga tertinggi Inggeris sejak tahun 1983.

Murray membuka jaringan seawal minit ke-10 selepas menanduk masuk sepakan percuma Pascal Gross. Izquierdo menjadikan kedudukan 2-0 sebelum rehat dan Murray menyempurnakan sepakan penalti untuk menewaskan penjaga gol West Ham, Joe Hart buat kali ketiga pada perlawanan itu. - AFP



Sumber Bilic akur gagal bimbing Hammers

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yEfa6R

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.