Hi! Welcome Back and Stay Tune! “Datang satu kampung, tapi sewa satu bilik sampai jadi macam kandang babi” – Ini sebabnya mengapa pekerja hotel amat fobia dengan pelancong tempatan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

“Datang satu kampung, tapi sewa satu bilik sampai jadi macam kandang babi” – Ini sebabnya mengapa pekerja hotel amat fobia dengan pelancong tempatan

"Datang satu kampung, tapi sewa satu bilik sampai jadi macam kandang babi" - Ini sebabnya mengapa pekerja hotel amat fobia dengan pelancong tempatan

“Datang satu kampung, tapi sewa satu bilik sampai jadi macam kandang babi” – Ini sebabnya mengapa pekerja hotel amat fobia dengan pelancong tempatan

“Biasalah kalau dah datang sekampung. Lagipun kita bayar bilik ini, bukannya duduk secara percuma,” demikian kata rakan ketika ditunjukkan gambar sebuah bilik hotel yang bersepah seperti kandang babi, bak kata Fabian Bee. 
Walaupun begitu, tidakkah keadaan bilik seperti ini mencerminkan perangai sebenar penghuninya? Memang bilik ini dibayar, tetapi usahlah sepahkan begini. Sudah digunakan, kembalikanlah ke tempat asalnya. Tak minta kemas banyak, sedikit pun sudah memadai. Kita senangkan kerja orang, orang pun akan menyenangkan kerja kita. 
RAKAN-rakan housekeeping di bidang perhotelan berkata, “Kau tengok ni lokol, sudahlah datang satu kampung, bilik pun macam kandang babi.” 
Tersebut ‘lokol’ di sana, maknanya itu adalah orang kita, orang tempatan. Kenapa pekerja hotel terutamanya dalam bidang housekeeping begitu fobia dengan tetamu dalam nengeri berbanding dengan pelancong luar negara? 
Antara sebabnya adalah apa yang anda nampak dalam gambar. Itu belum lagi termasuk keadaan di ruang bilik mandi. 
Biarpun keadaan bilik menjadi seperti ini, mereka harus bersihkan juga dalam jangka masa 30 hingga 40 minit seorang diri. Tetapi dari gambar ini, saya rasa usaha untuk membersihkan mengambil masa lebih daripada sejam. 
Mungkin kita tidak mampu bayangkan perasaan mereka kerana kita tidak berada di posisi mereka. Jadi, bila bercakap tentang tetamu dari orang tempatan, inilah wajah sebenar setiap bilik-bilik yang dihuni oleh orang tempatan setiap kali mereka kelaur dari mana-mana hotel sekali pun. 
Adakah anda sebahagian daripada mereka?  
 
Sumber: Fabian Bee
Sementara itu di media sosial, segelintir netizen yang masih atau pernah bekerja di bidang perhotelan tidak menafikan perkara ini berlaku. Malah ada yang lebih teruk keadaan biliknya dari gambar ini. 
“Gila! Nasib baik saya sudah berhenti kerja. Cukuplah enam kali terkena kejadian seperti ini. Paling menyakitkan hati, ada kek di atas tilam. Macam-macam gaya penghuni ditemui, rasa nak menangis angkat tilam seorang diri dulu,” kata Jenielin Jen Eusebius. 
“Memang teruk guest yang buat begitu, ingat rumah dia ke? Saya pernah terkena kejadian seperti ini. Habis bilik ‘dibongkar’, bersepah, banyak sampai. Bilik mandi pun begitu, sampai paip air pun rosak dikerjakan,” kata Juliana Lanog. 
Meskipun anda sudah membayar untuk bilik tersebut, bukan bermaksud anda boleh buat sesuka hati. Sebagaimana penghuni diberikan bilik yang kemas dan bersih serta teratur, maka seperti itu juga keadaan bilik bila penghuninya daftar keluar. Semoga masyarakat kita sedar. 


Sumber “Datang satu kampung, tapi sewa satu bilik sampai jadi macam kandang babi” – Ini sebabnya mengapa pekerja hotel amat fobia dengan pelancong tempatan

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ynVJ1I

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.