Hi! Welcome Back and Stay Tune! 'Kelebihan' 6 Kali Ganda Jika Gemar Guna WhatsApp Ketika Memandu! - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

'Kelebihan' 6 Kali Ganda Jika Gemar Guna WhatsApp Ketika Memandu!

'Kelebihan' 6 Kali Ganda Jika Gemar Guna WhatsApp Ketika Memandu!

Trend pemandu sekarang yang tidak lekang dengan telefon pintar biarpun ketika memandu. (Gambar: digitaltrends)

Pernahkah anda mengalami situasi kereta di hadapan anda secara tiba-tiba bergerak perlahan dan adakalanya terhuyung hayang ke kiri dan ke kanan? Jika ya, mungkin anda berhadapan dengan situasi yang mana pemandu terbabit sedang menggunakan telefon pintar.
 
Mungkin bagi sesetengah daripada pemandu beranggapan tabiat sedemikian sudah menjadi kebiasaan. Pantang saja menerima notifikasi WhatsApp, pasti dicapainya telefon pintar.

Namun, di sebalik keseronokan membalas mesej itu, tahukah anda risiko kemalangan akibat menggunakan telefon pintar adalah enam kali ganda!
 
Satu kajian dilakukan pihak Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) mendapati kelajuan kenderaan boleh meningkat dalam tempoh lima saat jika memandu sambil menggunakan telefon pintar. Ia sekali gus meningkatkan kadar kemalangan yang berisiko membawa maut.

Anda mungkin akan memandu lebih laju ketika membalas mesej.
 
Ketua Pengarah JKJR Datuk Rosli Isa menegaskan penunggang motosikal dan pemandu kereta yang memandu dengan kadar kelajuan melebihi 70km/j sebenarnya sudah terdedah dengan risiko kemalangan maut. Namun,k sekiranya menggunakan telefon pintar, ia akan menjadi lebih berbahaya.
 
“Penunggang boleh tercampak jauh manakala pemandu akan tersepit selain cedera parah yang mengakibatkan maut kerana mereka tidak fokus pada pemanduan,” katanya seperti dilaporkan Utusan Malaysia.
 

JUMLAH SAMAN MENINGKAT
 
Sepanjang tahun lalu lebih 46,000 saman dikeluarkan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) atas kesalahan menggunakan telefon pintar. Malah, jumlah terbabit meningkat 4,000 daripada jumlah saman yang dikeluarkan pada 2015.
 
Untuk makluman, kesalahan menggunakan telefon pintar ketika memandu boleh didakwa di bawah Sekyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987. Jika didapati bersalah, pemandu tersebut boleh dikenakan kompaun sebanyak RM300.

Kamera AES ini sentiasa memantau kelajuan anda!
 
Jika anda yang masih degil dan mengamalkan tabiat ini, anda harus peka dengan sistem kawalan yang diguna pakai oleh kerajaan. Pemerkasaan sistem demerit dan pemasangan kamera Sistem Pe­nguatkuasaan Automatik (AES) antara yang menanti pesalah lalu lintas.
 
Oleh itu, cubalah belajar untuk ketepikan telefon pintar buat seketika. Jika perlu jawab panggilan ketika kecemasan, gunalah ‘earphone’. Bukan saja menyenangkan, malah perbualan anda akan lebih jelas.
 



Sumber 'Kelebihan' 6 Kali Ganda Jika Gemar Guna WhatsApp Ketika Memandu!

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2zuy2Ta

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.