Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kisah Labun Yang Kini Ada Kad Matrik Sendiri - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kisah Labun Yang Kini Ada Kad Matrik Sendiri

Kucing merupakan binatang kesayangan manusia. Kadang-kadang tak sampai hati melihat mereka kelaparan sambil menguis kaki kita untuk makan.

Setahun lalu, kisah seekor kucing di sebuah universiti antarabangsa di Gombak tular sehingga masuk ke laman sosial BuzzFeed Animals kerana gelagatnya yang comel.

BACA: Kucing Duduk Dalam Bakul Sayur Cetus Kemarahan

Video berdurasi 13:42 saat itu menunjukkan perjalanan kisah hidup seekor kucing di Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Gombak yang bernama Labun.

Dia dilihat bebas untuk ke mana-mana sahaja dalam kawasan UIA dan gemar masuk ke bilik kuliah. Pada mulanya, dia seolah-olah berminat dengan kuliah yang disampaikan, tetapi tak lama selepas itu dia sudah tertidur di dalam kelas.

Sumber dari karyahati.com

Aksi comelnya itu sering dirakam oleh para pelajar UIA hingga ia tular di laman sosial antarabangsa, BuzzFeed Animals dan kemudiannya semakin tular di laman sosial tempatan baru-baru ini.

Dulu dia hanyalah seekor kucing jalanan sebelum diambil menjadi kucing ‘angkat’ universiti tersebut. Dia dijaga dengan penuh kasih sayang oleh empat orang ‘ibu’ iaitu pensyarah di UIA.

“Para pelajar juga ramai yang tidak lokek memberikannya makan dan permainan, malah mereka juga rajin melayan Labun bermain,” jelas pensyarah fakulti Kuliyyah of ICT, Prof Dr Norsaremah Salleh.

Menurutnya, tak susah untuk menjaga Labun kerana para pelajar, pekerja pembersihan dan para pensyarah lain turut bergilir-gilir menjaganya.

Tambahnya, Labun ditemui lima tahun lepas di sekitar kawasan UIA semasa dia masih kecil. Berikutan itu, dia mengambil keputusan untuk menjaganya sambil dibantu rakan-rakan seperjuangannya.

Malah, Labun juga memiliki kad matrik yang dipakai di bahagian leher supaya senang untuk mereka mencarinya jika dia hilang kerana sebelum ini dia pernah hilang.

“Melalui Labun, pelajar akan lebih menghargai haiwan dan dapat belajar nilai-nilai murni serta kasih sayang,” katanya sambil mengakhiri perbualan.

ARTIKEL BERKAITAN:
Mata Kucing Dicungkil, Pengguna Laman Sosial Berang
Aksi Cemas Bomba Selamatkan Kucing
Alahai Comelnya Polis Peronda Ni

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Berlagak Konon Boleh Habiskan



✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2gZmaSr

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.