Hi! Welcome Back and Stay Tune! Lemang To’Ki Perjelas Sebab Premis Diarah Tutup - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Lemang To’Ki Perjelas Sebab Premis Diarah Tutup

Lemang merupakan makanan tradisional yang digemari oleh orang ramai tak kira agama dan bangsa walaupun ia sinonim dengan perayaan Hari Raya Aidilfitri.

Kini, lemang mudah didapati walaupun pada hari biasa kerana banyak restoran lemang dibuka seperti Restoran Lemang To’ki, Bentong, Pahang.

BACA: Lemang Pusing Cetus Kelainan

Sumber dari tripadvisor.co.uk

Baru-baru ini restoran itu diarahkan tutup oleh Kementerian Kesihatan kerana tidak memenuhi aspek kebersihan yang ditetapkan.

Pemilik Restoran Lemang To’ki, Mazlan Ramli, berkata dia terpaksa menutup cawangan utamanya di Bentong untuk beberapa hari bagi tujuan pembersihan kedai.

“Pihak kami mengambil serius tentang arahan yang dikeluarkan pihak berkuasa dan berjanji untuk mematuhi garis panduan kebersihan yang ditetapkan agar ia tidak berulang lagi pada masa akan datang,” jelasnya.

Menurutnya, dia menjelaskan situasi sebenar yang berlaku semasa pemeriksaan oleh Kementerian Kesihatan di akaun rasmi laman sosial Facebook restoran tersebut.

“Kesilapan memang ada pada kami lebih-lebih lagi segelintir pekerja yang tidak mematuhi undang-undang dari segi pemakaian (apron,topi,kasut),” katanya.

“Pihak kami terlupa untuk menghidup kan kembali suis peti sejuk selepas di cuci kerana kesibukan bekerja dan pada waktu tersebutlah pihak kesihatan membuat pemeriksaan dan itu lah sebab-sebab kami di arah kan tutup,” sambungnya.

Selepas menerima notis penutupan kedai selama dua minggu, Mazlan terus menelefon pelanggan-pelanggannya yang membuat tempahan awal supaya datang ke cawangannya yang lain di Lemang To’Ki 2 (Karak).

Berikutan itu, dia bercadang untuk menambah pekerja supaya dapat memberi tahap kebersihan dan layanan terbaik kepada pelanggannya pada masa akan datang.

Sumber dari Fb Lemang To’ki

Walau bagaimanapun, orang ramai banyak memberi komen positif dan membina serta cadangan untuk pihak restoran supaya mereka dapat meningkatkan kualiti kebersihan selepas kes ini selesai.

ARTIKEL BERKAITAN:
Lemang Periuk Kera Dapat Sambutan Hangat
5 Perkara Anda Perlu Tahu Pasal Lemang Sushi

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Lubuk Pasta Makan Puas Hati Kat Cheras?



✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2gwgVJe

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.