Hi! Welcome Back and Stay Tune! Saya mangsa kejayaan sendiri: Mourinho - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Saya mangsa kejayaan sendiri: Mourinho

MANCHESTER: Pengendali Manchester United, Jose Mourinho berkata dia dinilai daripada aspek berbeza berbanding pengendali lain, disebabkan oleh kejayaannya sebelum ini tetapi kritikan itu tidak melemahkannya.

Mourinho dikritik hebat ekoran pendekatannya ketika terikat tanpa jaringan menentang Liverpool di Anfield, minggu lalu.

Pendekatan itu dibandingkan dengan pesaingnya, Pep Guardiola yang pendahulu liga Manchester City kendaliannya mempamerkan permainan menarik ketika menewaskan Stoke City 7-2 pada hari yang sama.

Namun kemenangan ke atas Benfica pada aksi Liga Juara-Juara melebarkan rekod tanpa kalah United dalam 12 perlawanan, 10 daripadanya adalah kemenangan dan Mourinho, yang menyaksikan skuadnya menghasilkan banyak gol sebelum perlawanan bertemu Liverpool, yakin beliau menjadi mangsa kepada kejayaannya sendiri.

"Saya fikir itu adalah kesilapan saya kerana orang sudah biasa melihat pasukan saya melakar keputusan baik dan memenangi kejuaraan," kata Mourinho.

"Orang lain memiliki lebih banyak masa berbanding saya. Orang lain mempunyai standard berbeza berbanding saya namun semuanya bukan masalah kepada saya. Yang pasti, saya boleh bayangkan kalau kami tewas, kritikan akan lebih teruk daripada sekarang."

Selepas lapan perlawanan, United berada di tangga kedua, kurang dua mata berbanding City dan akan bertemu Huddersfield, malam ini. - AFP



Sumber Saya mangsa kejayaan sendiri: Mourinho

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xUZDf3

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.