Hi! Welcome Back and Stay Tune! Syarul belum boleh jamah nasi lemak sambal kerang - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Syarul belum boleh jamah nasi lemak sambal kerang

KUALA LUMPUR: Jaguh bina badan negara, Mohd Syarul Azman Mahen Abdullah terpaksa melupakan hasrat untuk menamatkan program diet dirinya sejak Jun lalu apabila dijadual menyertai satu lagi kejohanan antarabangsa di China, minggu depan.

Menurutnya, dia menerima jemputan menyertai Kejohanan Jemputan Hangzhou selepas meraih gelaran Mr Universe di Mongolia, minggu lalu.

"Jadi, saya bersetuju menyertainya dengan hasrat untuk mengibarkan bendera Malaysia sekali lagi di pentas antarabangsa. Sepatutnya kejohanan di Mongolia yang terakhir bagi saya.

ATLET bina badan Malaysia, Mohd Syarul Azman Mahen tekad kibar bendera Malaysia di pentas antarabangsa.

"Secara tidak langsung, saya perlu meneruskan program diet yang bermula sejak Jun lalu. Jadi, saya perlu menjaga pemakanan terutamanya tidak boleh menjamah makanan kegemaran, nasi lemak sambal kerang.

"Ia tidak menjadi masalah kerana tahun lalu saya memulakan program diet bermula Mei hingga Disember bagi meraih gelaran Mr Universe buat kali pertama selain gelaran kedua Mr Asia," tambahnya.

Dua misi utama Syarul Azman pada tahun ini berjaya dilaksanakan apabila berjaya mempertahankan gelaran Mr Universe dan Asia sekali gus menjadikan dia antara atlet negara yang bertaraf dunia.

"Saya tidak pasti siapa pencabar di China namun saya melihat kejohanan ini peluang untuk mengukuhkan reputasi di pentas antarabangsa," tambahnya.



Sumber Syarul belum boleh jamah nasi lemak sambal kerang

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ibbmnr

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.