Hi! Welcome Back and Stay Tune! “Kami tidak boleh terima sebab dia dari luar kariah, bukan sebab akidahnya” – Masjid perjelas sebab tak terima jenazah Kassim Ahmad - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

“Kami tidak boleh terima sebab dia dari luar kariah, bukan sebab akidahnya” – Masjid perjelas sebab tak terima jenazah Kassim Ahmad

Susulan wujud dakwaan sebuah masjid tidak mahu menerima jenazah sarjana Kassim Ahmad, salah seorang anggota jawatankuasa pengurusan jenazah masjid berkenaan tampil memberikan penjelasan.

 

 

"Kami tidak boleh terima sebab dia dari luar kariah, bukan sebab akidahnya" - Masjid perjelas sebab tak terima jenazah Kassim Ahmad

“Kami tidak boleh terima sebab dia dari luar kariah, bukan sebab akidahnya” – Masjid perjelas sebab tak terima jenazah Kassim Ahmad

 

Menurut sumber yang merupakan salah seorang jawatankuasa pengurusan jenazah Masjid Kulim yang enggan namanya disiarkan, pada pagi Kassim meninggal dunia, pihaknya dihubungi bagi memaklumkan jenazah sarjana tersebut akan dikebumikan di kawasan masjid berkenaan.

Bagaimanapun, menurutnya lagi, pihaknya tidak boleh menerima jenazah Kassim kerana beliau bukan daripada kariah masjid berkenaan.

Sehubungan itu, sumber tersebut menyelar dakwaan pihak masjid menolak untuk mengebumikan jenazah Kassim serta menafikan penolakan itu berkaitan dengan isu akidah sarjana berkenaan.

“Pagi itu kami (jawatankuasa pengurusan jenazah Masjid Kulim) telah dihubungi dan diminta untuk kebumikan (jenazah Kassim) di Masjid Kulim.

“(Tetapi) kami tidak boleh terima sebab dia dari luar kariah. (Penolakan itu) tiada kaitan dengan akidah tetapi ia berada di luar bidang kuasa kami.

“Tidak timbul soal ada masjid yang menolak. Kassim tinggal di dalam kariah Masjid Kelang Lama (Al-Huda) dan wajar dia dikebumikan di situ.

“Saya harap segala kekeliruan, fitnah ini dapat pencerahan,” kata sumber itu kepada Malaysiakini.

Spekulasi kehadiran paderi Kristian 

Ditanya mengenai pihak yang bertindak menguruskan jenazah Kassim, sumber berkata mereka terdiri daripada pihak pengurusan jenazah Masjid Kelang Lama dan kebanyakan daripada mereka merupakan Unit Amal PAS.

Selain itu, menjelaskan isu kehadiran seorang paderi semasa jenazah Kassim dikebumikan, sumber tersebut memberitahu lelaki berkenaan merupakan jiran Kassim semasa di Bukit Gelugor dan tidak timbul isu paderi berkenaan ingin menguruskan jenazah Kassim.

“Mengenai kehadiran seorang paderi, saya sahkan kehadirannya (di tanah perkuburan). Beliau adalah jiran Kassim di Bukit Gelugor suatu masa dulu.

“Tidak timbul soal beliau akan menguruskan jenazah (Kassim),” ujar sumber itu lagi.

Sebelum ini, Malaysia Gazette yang memetik Facebook seorang individu bernama Wan Kamarul Wan Amir melaporkan, terdapat masjid yang menolak untuk menguruskan jenazah Kassim.

Kassim meninggal dunia pada Selasa lalu selepas dilaporkan koma akibat masalah jangkitan kuman dan jantung tersumbat.

Beliau meninggal dunia di hospital di Kulim Bandar Baru pada usia 84 tahun.

Kassim terkenal sebagai sarjana dan ahli politik kiri yang terpalit dengan dakwaan antihadis – dakwaan yang dinafikan sehingga ke hujung hayatnya.

Dalam bidang sastera, beliau antara sosok penting yang terlibat dengan politik sastera Islam sekitar 80-an dengan Sasterawan Negara Datuk Shahnon Ahmad, selain terkenal sebagai pengkritik dan pelopor aliran sastera untuk masyarakat.

Dalam bidang akademik pula, beliau merupakan penulis Hikayat Hang Tuah dan merupakan orang yang bertanggungjawab mengetengahkan perspektif Hang Jebat sebagai wira yang membela golongan tertindas.

Kassim Ahmad juga pernah memimpin Parti Sosialis Rakyat Malaysia sebagai pengerusi dan pernah ditahan tanpa bicara di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

 
Sumber: Malaysiakini

 



Sumber “Kami tidak boleh terima sebab dia dari luar kariah, bukan sebab akidahnya” – Masjid perjelas sebab tak terima jenazah Kassim Ahmad

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yn9vlO

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.