Wanita Ini Dapat RM14 Ribu ‘Wang Tak Dituntut’, Ini Cara Dapatkan Duit Korang! Ramai Tak Tahu
Sebelum ini pernah viral di media sosial info mengenai ‘wang tak dituntut’ yang ramai orang tak tahu akan kewujudan perkara ini. Mungkin korang dulu pernah buat lebih dari dua akaun bank dan dah lama tak update tentang akaun tersebut bolehlah pergi check!
Menerusi perkongsian seorang pengguna Facebook, Idah Binti Basri telah menuntut wang di beberapa akaun bank yang sudah lama tidak digunakan. Tanpa sedar, rupa-rupanya ada banyak baki yang ada dan diperolehi dari syarikat insurans juga. Jumlah keseluruhan hampir RM14 ribu!
Tak sangka sampai RM14K
Salam semua. Nk bgtau klu sesiapa ada akaun2 bank lama yg dah terbiar atau tutup tp masih ada duit di dlmnya, sbnrnya uoll boleh claim balik. Even rm20 30 ringgit diorg akan pulangkan pd kita. Just bawa ic ke Pej. Pendaftar Wang tak dituntut di ting 42 Menara Maybank.
Klu tak pasti just bg ic diorg cek n akn diberitahu ada duit utk dituntut atau tidak. Jika ada kena isi borang spt yg diarahkan. Kakyu tak sure yg dpt tu duit apa. Yg tau duit dr Citibank kredit card n ada diantaranya duit dr syrikat insurance. Kakyu selama ni tak sedar pun syrikat insurance ada bank in kan duit dlm akaun. Akaun tu dah berzaman tutup.
Pergi jgn tak pergi..kena rajin n usaha sikit haa tu ha dpt rm14k beb!!!
Berikut cara semak wang tak dituntut
Serahkan MyKad anda di kaunter atau hadir sendiri ke mana-mana Jabatan Akauntan Negara yang tersedia di mana-mana negeri untuk membuat semakan.
Pegawai bertugas akan membantu anda membuat semakan melalui sistem dan anda berpeluang untuk mengetahui keputusan tidak kurang daripada lima minit selepas semakan dibuat.
Selain itu, anda juga berpeluang untuk mendapatkan penerangan dengan lebih lanjut tentang cara-cara untuk mengeluarkan wang anda daripada pegawai yang bertugas.
Wang tak dituntut bukan hanya terhad daripada akaun-akaun bank yang tidak aktif sahaja tetapi berkemungkinan bayaran rebat insurans, bayaran elaun atau bonus daripada syarikat tempat lama bekerja atau mana-mana firma yang berkaitan.
Sumber : Jabatan Akauntan Negara, Idah Binti Basri via OHBULAN!
✍ Sumber Pautan : ☕ Sehinggit Media News
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2gEpBO8
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment