Hi! Welcome Back and Stay Tune! Ziyad saran sukan sebagai rutin harian - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Ziyad saran sukan sebagai rutin harian

KUALA LUMPUR: Atlet paralimpik negara Muhammad Ziyad Zolkefli mengajak orang ramai menjadikan amalan bersukan sebagai rutin harian untuk meningkat tahap kesihatan.

Beliau berkata antara perkara yang boleh dilakukan ia dengan bangun tidur awal.

"Sebagai atlet memang kami bangun awal pagi dan menjalani latihan sehingga 11 pagi. Ia merupakan rutin harian kami. Saya syorkan orang ramai agar bangun awal pagi untuk melakukan aktiviti yang mengeluarkan peluh.

"Ia bukan sahaja dapat menjaga kesihatan diri, tetapi minda kita akan lebih cergas dan dapat menjalankan rutin harian dengan lebih lancar," katanya ketika ditemui pada sambutan Hari Sukan Negara (HSN) 2017 di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini hari ini.

Atlet terjun Cheong Joon Hoong berharap orang ramai meneruskan aktiviti sukan bagi memastikan kesihatan diri mereka terjaga.

Ramai atlet negara menyertai HSN yang mengadakan aktiviti antaranya berbasikal, larian, bola jaring, bola keranjang, futsal, sukan tradisi dan aktiviti kecergasan.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin turut mengambil bahagian dengan melakukan acara kayuhan basikal '30 Kilometer Fit Malaysia'.

-- ERNAMA



Sumber Ziyad saran sukan sebagai rutin harian

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yoPon0

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.